FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


NBD - Thailand Perkukuhkan Hubungan Persahabatan, Kerjasama


Foto : Masri Osman, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

 


 October 11th, 2023  |  13:27 PM  |   275 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, malam tadi berkenan berangkat ke Majlis Santap Malam Rasmi sempena Lawatan Rasmi Perdana Menteri Kerajaan Thailand, Tuan Yang Terutama Srettha Thavisin.

 

Berangkat sama ke Majlis Santap Malam Rasmi yang berlangsung di Baitur Rahmah, Istana Nurul Iman berkenaan ialah paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah.

 

Majlis Santap Malam Rasmi dimulakan dengan bacaan Doa Selamat oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya berkenan mengurniakan titah.

 

Diikuti dengan ucapan balas daripada Tuan Yang Terutama Perdana Menteri Kerajaan Thailand.

 

TYT dalam ucapannya menjelaskan mengenai hubungan antara Kerajaan Thailand dan Negara Brunei Darussalam (NBD) sentiasa akrab dan mesra.

 

Persahabatan antara kerabat diraja kedua-dua buah negara menjadi tonggak utama hubungan selain mempunyai niat yang baik antara satu sama lain.

 

Melalui lawatan berkenaan, TYT melahirkan keyakinan bahawa kerjasama antara Thailand dan NBD akan terus dipertingkatkan lagi, lebih-lebih lagi kedua-dua buah negara akan menyambut ulang tahun hubungan diplomatik ke-40 pada tahun hadapan.

 

Menurut TYT lagi, ia merupakan satu penghormatan yang besar baginya untuk mengadakan lawatan rasmi ke NBD, 'Abode of Peace'.

 

TYT turut mengongsikan bahawa beliau telah mengadakan pertemuan sangat mesra dan substantif bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada tengah hari tadi yang meliputi pelbagai isu yang penting untuk rakyat kedua-dua buah negara selain turut mengagumi kebijaksanaan dan pengalaman Kebawah DYMM, sebagai pemimpin paling kanan di ASEAN dan berharap akan dapat bekerjasama rapat bersama baginda sebagai rakan yang baik.

 

TYT mewakili pihak Kerajaan Diraja Thailand dan delegasi Thailand, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ke hadapan majlis Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kerabat diraja, kerajaan dan rakyat NBD atas layanan mesra yang diberikan.

 

Dalam mengakhiri ucapan, TYT turut merakamkan ucapan tahniah di atas Istiadat Perkahwinan Diraja di antara Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah binti Adam yang akan dijadualkan berlangsung Januari 2024 ini.

 

TYT serta rombongan berada di negara ini bagi mengadakan Lawatan Rasmi ke NBD selama dua hari.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Aimi Sani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10