FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Kekukuhan Hubungan NBD -Thailand Beri Manfaat Bersama


Foto : Masri Osman, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

 


 October 11th, 2023  |  13:32 PM  |   384 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, Negara Brunei Darussalam (NBD) dan Thailand menikmati persahabatan dan kerjasama yang sangat baik.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya bertitah melahirkan keyakinan bahawa hubungan yang terjalin sekian lama akan memastikan daya tahan negara dalam era gangguan dan ketidaktentuan.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah demikian pada Majlis Santap Malam Rasmi sempena Lawatan Rasmi Perdana Menteri Kerajaan Thailand, Tuan Yang Terutama Srettha Thavisin yang berlangsung di Baitur Rahmah, Istana Nurul Iman.

 

Kebawah DYMM bertitah amat menghargai kesediaan berterusan Thailand untuk membekalkan keperluan makanan negara terutamanya beras.

 

Pada masa yang sama titah baginda, pengukuhan hubungan perdagangan dalam bidang lain termasuk tenaga juga akan memastikan manfaat bersama kepada NBD.

 

Kebawah DYMM seterusnya bertitah, penyambungan semula penerbangan terus antara kedua negara  telah dibuat bagi memudahkan perjalanan rakyat serta memudahkan pergerakan barangan dan perkhidmatan.

 

Kebawah DYMM dalam titahnya turut melahirkan penghargaan atas sumbangan rakyat Thailand kepada pembangunan negara dan terus mengalu-alukan keberadaan mereka di negara ini.

 

"NBD dan Thailand sentiasa membuat perundingan antara satu sama lain dan bekerjasama dalam ASEAN serta forum serantau dan antarabangsa yang lainnya.

 

"Ia menjadi lebih penting bagi kami untuk melindungi kepentingan serantau bersama dalam dunia geopolitik yang semakin kompleks, terjejas oleh persaingan kuasa besar," titah baginda.

 

Kebawah DYMM juga melahirkan harapan agar dapat bekerjasama rapat dengan Thailand dalam usaha membina komuniti kami ke arah mencapai Wawasan 2024 dan merumuskan Wawasan Komuniti ASEAN 2045.

 

Terdahulu Kebawah DYMM dalam titahnya, mengalu-alukan TYT Perdana Menteri Thailand serta delegasi atas lawatan rasmi pertama mereka ke NBD dan mengucapkan tahniah atas pelantikan TYT sebagai Perdana Menteri Thailand Ke-30.

 

Kebawah DYMM yakin, di bawah kepimpinan TYT akan terus mengorak langkah lebih besar untuk menjadi sebuah negara maju di bawah 'Wawasan Thailand 2037'.

 

Dalam mengakhiri titah, Kebawah DYMM berharap agar Thailand dan rakyatnya akan terus menikmati kemakmuran dan kemajuan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Aimi Sani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10