FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



School


  Home > School


Majlis Konvokesyen PB Ke-9 Raikan 768 Graduan


Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

 


 October 20th, 2023  |  09:15 AM  |   6714 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Politeknik Brunei (PB) hari ini mengendalikan Majlis Konvokesyen Ke-9 Tahun 2023 bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini.

 

Seramai 768 graduan, iaitu 357 graduan lelaki dan 411 graduan perempuan 'Class of 2023' menerima sijil-sijil Diploma Tahap 5 masing-masing pada majlis berkenaan.

 

Para pelajar berkenaan menamatkan program pengajian masing-masing selama tiga tahun yang ditawarkan oleh sekolah-sekolah di bawah PB, iaitu Sekolah Perdagangan; Sekolah Teknologi Maklumat dan Komunikasi; Sekolah Sains dan Kejuruteraan; Sekolah Sains Kesihatan; dan kohort graduan yang pertama daripada Sekolah Petrokimia.

 

Diploma Tahap 5 berkenaan adalah diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan melalui Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan (MKPK).

 

Terdahulu, Majlis Konvokesyen dimulakan dengan perarakan graduan masuk ke dewan dan perarakan besar masuk ke dewan yang terdiri daripada Ahli-ahli Majlis Lembaga Pengelola dan Ahli-ahli Senat PB dan seterusnya diikuti dengan kehadiran Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman selaku tetamu kehormat majlis.

 

Bagi memberkati majlis pada pagi berkenaan, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran (Surah An-Nahl bermula daripada ayat 65 hingga 69) disampaikan oleh graduan Program Diploma Tahap 5 dalam Pengajian Perniagaan, Sekolah Perdagangan, PB, Awang Abdur Raqib Mulhim bin Azman.

 

Manakala, inti sari ayat dibacakan oleh graduan Program Diploma Tahap 5 dalam Pengajian Perniagaan, Sekolah Perniagaan, PB, Awang Muhammad Aamirul Aqlan bin Haji Ainolnizam.

 

Majlis berkenaan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pemangku Pengarah PB, Awang Lim Kian Boon selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi dan Jawatankuasa Kerja Majlis Konvokesyen PB Ke-9 yang antara lain menjelaskan, merujuk kepada Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicators) yang dikenal pasti bagi Pelan Pembangunan Lima Tahun PB 2021-2025, kadar pelajar yang berjaya menamatkan pengajian atau Graduation Rate bagi Class of 2023 berkenaan adalah 93.7 peratus.

 

Walau bagaimanapun jelasnya, PB akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi sokongan, bimbingan serta pembangunan para pelajar agar dapat mencapai matlamat yang lebih tinggi.

 

Manakala terangnya lagi, hasil bagi kadar graduan mendapat pekerjaan (Graduate Employment Rate) bagi Class 2021 adalah 71.5 peratus bagi 12 bulan selepas konvokesyen.

 

Melalui pencapaian berkenaan katanya, PB terus berjaya untuk kekal sebagai salah satu lima pembekal sumber tenaga manusia bagi industri sektor awam dan swasta yang berkualiti, berkemahiran tinggi dan berdaya saing.

 

Awang Lim Kian Boon juga turut menjelaskan ciri-ciri berkenaan boleh dilihat daripada hasil Kajian Kepuasan Majikan (Employer Satisfaction Study) bagi Class of 2021 yang bekerja di sektor awam dan juga swasta, dengan 97.4 peratus daripada majikan memberi maklum balas positif terhadap mutu pekerjaan dan prestasi graduan PB.

 

Tambahnya, pada masa yang sama, pencapaian berkenaan juga mencerminkan persiapan daripada pihak PB dalam membekalkan para graduan dengan pelbagai kemahiran serta kompetensi yang dikehendaki di alam pekerjaan.

 

Acara kemuncak Majlis Konvokesyen PB Ke-9 pada pagi berkenaan ialah penyampaian sijil-sijil Diploma Tahap 5 oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri kepada para graduan mengikut program-program yang ditawarkan oleh PB.

 

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran yang diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid dari Masjid Kampung Belimbing Subok, Pengiran Mohammad Akbar bin Pengian Haji Sabri.

 

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Yang Mulia Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, selaku Pengerusi Lembaga Pengelola PB; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yu Hong; Ahli-ahli Majlis Lembaga Pengelola PB dan para penaja anugerah.

 

Pada Majlis Konvokesyen Ke-9 berkenaan, daripada 768 graduan, seramai 182 graduan menerima sijil-sijil Diploma Tahap 5 bagi Program Perniagaan; 164 bagi Teknologi Maklumat dan Komunikasi; 241 bagi Program Sains dan Kejuruteraan; 134 bagi Program Sains Kesihatan; dan 47 graduan dari kohort graduan pertama bagi Diploma Tahap 5 di bawah Program Petrokimia.

 

Tidak seperti Majlis Konvokesyen yang sebelumnya, Majlis Konvokesyen Ke-9 PB kali ini akan mengadakan Majlis Anugerah Pelajar bagi para graduan yang terpilih pada majlis yang berasingan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47