FacebookInstagramTwitterContact

 

Munajat Night           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, KOTIBA           >>           Aidilfitri Get-Together           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Islamic Da'wah Centre           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Kampung Bukit Panggal           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, MKOKU           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Warisan Yusof-Zaidah Family           >>           Your Passport To The World Of Dreams: Natural Ways To Cure Insomnia           >>           Olives Are Good At Reducing Fatty Liver           >>           Health Ranger Says: To Beat Stress, Eat Superfoods And Avoid Toxins           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Sekolah Ugama Rangkaian Dari MIB, Jati Diri Negara


Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Ak. Mohd. Aminol Adi Adzrie Pg. Haji Nikman

 


 November 5th, 2023  |  08:37 AM  |   72 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menegaskan bahawa tidak ada sebarang tujuan untuk menghapuskan sekolah ugama. Sekolah ugama adalah rangkaian dari MIB dan salah satu jati diri negara yang kita banggakan.

 

“Hanya apa yang beta mahukan terhadap sekolah ugama ialah dikemas, dikemaskan sistem, yang ini mustahak, disesuaikan mata pelajarannya selaku sekolah rendah. Dikaji, ditimbang dan dihalusi secara profesional.

 

“Bukan asal ada atau dibuat secara rambang. Inilah yang beta mahu lihat berlaku sebagai satu perubahan ke hadapan dan perkembangan yang sempurna, bukankah ini juga namanya integrasi?" titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Keberangkatan Tidak Berjadual ke Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) di Jalan Menteri Besar pagi tadi.

 

Terdahulu, dalam titah, baginda terpanggil untuk menyebut sedikit lagi mengenai pengintegrasian pelajaran ugama ke dalam sistem pendidikan umum bagi penuntut-penuntut di peringkat Pra hingga Darjah III sekolah ugama.

 

Langkah ini, jelas baginda, adalah semata-mata bertujuan baik untuk penyesuaian supaya tidak terlalu membebankan atau memberatkan kepada penuntut. Kerana jika terus-menerus membebankan atau memberatkan, maka perkara itu dikhuatiri boleh membawa kepada gangguan emosi atau mental. Bukan dimaksudkan pelajaran ugama merosakkan mental.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya bertitah, dengan langkah ini, tidak bererti kita menutup pintu untuk menilai dari semasa ke semasa akan kesesuaiannya, malah kerajaan beta akan terus-menerus memerhatikan perjalanan atau pelaksanaan sistem ini.

 

Maka untuk itu, baginda amanahkan kepada KHEU dan Kementerian Pendidikan untuk sama-sama memantau dan membuat penilaian saksama mengenainya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Rohani Haji Abdul Hamid

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07