Home > School
Sekolah Al-Falaah Adakan Majlis Ihtifaal
Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman
November 24th, 2023 | 16:08 PM | 8679 views
SUNGAI AKAR
Sekolah Al-Falaah mengadakan Majlis Ihtifaal Penutup Akhir Tahun 2023 Masihi / 1445 Hijrah dengan meraikan graduan dan pelajar cemerlang dari sekolah tersebut hari ini.
Seramai 111 pelajar dari Tadika 3 sesi pagi sekolah berkenaan iaitu Cawangan Sungai Akar dan Ban 5 telah menerima sijil graduan pada majlis tersebut manakala seramai 87 pelajar dari Tadika 3 sesi pagi sekolah tersebut juga di kedua-dua cawangan telah dianugerahkan pelajar terbaik yang merangkumi pelajar Tahun 1 hingga Tahun 5 (sesi pagi).
Majlis yang diadakan di Auditorium Sekolah Al-Falaah, Sungai Akar tersebut dihadiri oleh Pengarah Sultan Omar 'Ali Saifuddien Centre for Islamic Studies, Universiti Brunei Darussalam, Dr. Mohd. Hairul Azrin bin Haji Besar yang juga hadir selaku tetamu kehormat majlis.
Dalam ucapan alu-aluan daripada Pengetua Sekolah Al-Falaah, Dayang Hajah Shariffah Mastura Alsagoff menyatakan bahawa visi Sekolah Al-Falaah adalah melahirkan murid-murid yang tidak hanya cemerlang dalam subjek akademik tetapi juga dalam mata pelajaran Ukhrawi.
Konsep pendidikan holistik ini bertujuan untuk membentuk individu yang seimbang, mengintegrasikan aspek intelektual, emosional, spiritual dan jasmani.
Tambahnya lagi, pihak sekolah turut berbangga dengan pencapaian pelajar-pelajar dalam aktiviti atau pertandingan kokurikulum di dalam dan luar sekolah pada tahun ini.
Pelajar-pelajar yang menerima sijil dan diraikan tersebut juga turut terlibat dengan beberapa persembahan serta majlis diakhiri dengan Doa Penutup oleh pelajar-pelajar Tadika 3 berkenaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Muhamad Khairul Hisyam Jaya
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]