FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Operasi Lucky Ape : 14 Individu Berjaya Ditahan


Biro Kawalan Narkotik

 


 February 4th, 2024  |  07:52 AM  |   600 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 Biro Kawalan Narkotik (BKN) telah menjalankan Operasi Lucky Ape pada 25 dan 26 Januari yang lalu di mana menyasarkan kepada satu sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis syabu tertumpu di Kampung Menunggol, Pulau Berambang dan Kampung Bolkiah.

 

Seramai 14 individu yang terdiri daripada warga tempatan, penduduk tetap dan warga asing yang berumur 18 hingga 61 tahun berjaya ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

 

Dalang utama sindiket ini ialah seorang warga tempatan berumur 36 tahun yang dipercayai menggunakan golongan muda untuk menjalankan aktiviti pengedaran dadah dengan memberikan mereka peranan sebagai 'runner', penyimpanan dan pengambilan bekalan dadah daripada pihak pembekal.

 

Dalang utama sindiket ini juga didapati bekerjasama dengan seorang pengedar dadah syabu iaitu seorang lelaki warga tempatan berumur 42 tahun yang pernah ditahan sebelum ini.

 

Hasil operasi ini, BKN telah merampas sebanyak 737.82 gram syabu dan alat-alat dipercayai digunakan untuk memproses dadah untuk diedarkan daripada salah seorang tangkapan yang berumur 18 tahun.

 

Dadah syabu yang dirampas ini dianggarkan bernilai lebih daripada BND140,000 di pasaran tempatan dan boleh menampung sekurang-kurangnya 7,300 orang penagih dadah.

 

Tangkapan tersebut akan turut disiasat di bawah Seksyen 3A, Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27 atas kesalahan memiliki dadah terkawal bagi tujuan mengedar, yang mana, jika sabit kesalahan dengan jumlah dadah yang dirampas, boleh membawa hukuman gantung sampai mati.

 

Dalam masa yang sama, operasi ini juga telah merampas sebuah kenderaan dan wang tunai berjumlah BND5,214, SGD477 dan RM110 dipercayai hasil daripada aktiviti pengedaran dadah. Harta-harta rampasan ini akan disiasat di bawah Seksyen 3, Perintah Mendapatkan Kembali Aset Jenayah (CARO), 2012.

 

Dengan ini, BKN ingin mengingatkan golongan muda untuk tidak terpedaya dengan taktik pengedar dadah yang menawarkan ganjaran yang lumayan dalam menjalankan kegiatan yang menyalahi undang-undang.

 

BKN juga ingin menegaskan bahawa BKN tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas penjenayah di mana jua mereka berada termasuk mereka yang mengambil kesempatan ke atas lokasi terpencil dalam menjalankan aktiviti jenayah dadah.

 

Di kesempatan ini juga, BKN tidak lupa merakamkan ucapan penghargaan kepada agensi-agensi perisikan dan penguatkuasaan keselamatan atas bantuan dan kerjasama yang diberikan ke arah menjayakan operasi ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Biro Kawalan Narkotik

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47