FacebookInstagramTwitterContact

 

You C-1000 Basketball Cup           >>           U18 Youth League           >>           Excise Order 2006           >>           Blood Donation Campaign           >>           Admission of New IBTE Students           >>           Birthday Greetings for His Majesty           >>           Literary Criticism Mentor-Mentee Programme           >>           'Senada Kasih' Project           >>           Certificates Presentation Ceremony           >>           Healthy Lifestyle Apprenticeship Programme Prize Presentation           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pelancaran Buku Masjid-Masjid Brunei Darussalam


Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

 


 February 5th, 2024  |  09:12 AM  |   163 views

GADONG

 

 Buku yang bertajuk Masjid-Masjid Brunei Darussalam (Mosques of Brunei Darussalam) telah dilancarkan petang tadi bertempat di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong.

 

Buku berkenaan diterbitkan bertujuan untuk menonjolkan sejarah masjid-masjid utama di Negara Brunei Darussalam (NBD) dan seluruh dunia.

 

Majlis Pelancaran Buku berkenaan disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, yang juga selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat, diikuti dengan ucapan daripada Pengerusi Majlis yang juga pengarang buku berkenaan, Dato Paduka Dr. Haji Abdul Latif bin Haji Ibrahim.

 

Seterusnya, ucapan alu-aluan daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama.

 

Buku berkenaan mengandungi banyak rujukan sejarah yang diketengahkan termasuk daripada kitab suci Al-Quran mengenai masjid dalam sejarah Islam dan hadis Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam tentang adab memasuki sesebuah masjid.

 

Di samping mengandungi sejarah masjid-masjid utama di NBD, buku berkenaan juga mengongsikan tentang bagaimana dan mengapa Allah Subhanahu Wata'ala menyelamatkan beberapa buah masjid penting daripada kemungkinan kemusnahan.

 

Selain itu, ia juga menceritakan pengalaman pengarangnya melalui lawatan-lawatan peribadi beliau ke masjid-masjid di luar negara.

 

Penerbitan buku Masjid-Masjid Brunei Darussalam adalah diharapkan sebagai sumber pengetahuan dan rujukan kepada orang ramai di samping menjadi sumbangan ke arah pembangunan masjid-masjid masa depan di NBD.

 

Pengarang buku Masjid-Masjid Brunei Darussalam, iaitu Dato Paduka Dr. Haji Abdul Latif merupakan bekas Pengarah Balai Kenangan Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Istana Nurul Iman.

 

Beliau berkelulusan PhD dalam pengajian Antropologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia serta Sarjana Falsafah dalam Antropologi dari Universiti Cambridge United Kingdom.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Rohani Haji Abdul Hamid

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

India And China Strive To Reset Ties But With Caution

 2025-07-11 00:32:45

US Government To Invest In Rare Earths Production

 2025-07-11 01:05:42