FacebookInstagramTwitterContact

 

How Curcumin Could Revolutionize BOWEL CANCER PREVENTION           >>           People Struggle To Understand What's Really Happening In 'Genius' Optical Illusion           >>           Tia Mowry And Tamera Mowry's Candid Confessions May Make You Do A Double Take           >>           Tia Mowry And Tamera Mowry's Candid Confessions May Make You Do A Double Take           >>           Bachelor Nation’s Peter Kraus Engaged To Girlfriend Hana Ostapchuk After One Year Of Dating           >>           Switzerland Beat Iceland To Keep Knockout Hopes Alive At Euros           >>           Euro 2025: Norway On Brink Of Quarterfinals After Finland Win           >>           Jhon Duran Joins Fenerbahce On Loan 6 Months After Al Nassr Transfer           >>           First Round Of Gaza Ceasefire Talks Ends Without Breakthrough           >>           Eurostar Train Evacuated During Nine-Hour Delay In Northern France           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Peranan Warga Emas Sentiasa Dihargai


Pg. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 


 February 9th, 2024  |  09:17 AM  |   167 views

TUTONG

 

Golongan warga emas perlu dihargai kerana golongan ini merupakan salah satu aset yang penting dan bernilai khususnya untuk generasi pada masa hadapan. Warga emas juga merupakan nara sumber atau pakar rujukan generasi seterusnya kerana disebabkan pengalaman hidup mereka yang kaya dengan pelbagai bentuk dan juga memiliki sumber pengetahuan yang boleh memberi manfaat dan sebagai seri teladan serta panduan hidup generasi penerus.

 

Setentunya, di Negara Brunei Darussalam, pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam amat memberikan perhatian dan memartabatkan golongan tersebut.

 

Dalam usaha memperkasa dan memartabatkan golongan tersebut, pihak kerajaan telah mewujudkan jaringan keselamatan sosial melalui Skim Pemberian Pencen Umur Tua kepada rakyat dan penduduk negara yang berumur 60 tahun ke atas yang telah pun dilaksanakan seawal tahun 1954.

 

Berkaitan dengan ini, warga emas yang berdaftar Jabatan Pembangunan Masyarakat menerima Pencen Umur Tua berjumlah BND250 sebulan. Skim berkenaan memuliakan golongan berharga dalam membantu mereka menyara dan menjalani kehidupan seharian.

 

Selain itu, golongan ini juga tidak terkecuali diberikan kemudahan perkhidmatan oleh agensi kerajaan seperti lorong laju dalam mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan mendapatkan ubat-ubatan.

 

Di samping itu, dalam menangani kesejahteraan golongan tersebut beberapa Pusat Kegiatan Warga Emas telah ditubuhkan di setiap daerah di negara ini bagi memberikan mereka peluang menjalani kehidupan yang lebih proaktif dengan mengisikan masa lapang mereka dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat seperti aktiviti keagamaan, kemasyarakatan bahkan juga aktiviti kesukanan.

 

Melalui kegiatan di pusat kegiatan tersebut warga emas dapat tidak bersendirian dan dapat meningkatkan hubungan silaturahim khususnya dalam kalangan ahli pusat berkenaan agar mereka tidak merasa asing dalam menjalani kehidupan seharian.

 

Dalam pada itu, dalam konteks kekeluargaan dalam memeduli warga emas ini adalah sangat penting. Sebagai generasi penerus seharusnya menghormati dan memberikan kasih sayang kepada mereka lebih-lebih lagi mereka yang sudah lanjut usia yang tidak berdaya dalam menjalani kehidupan seharian seperti biasa.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pg. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

How Trump's Tariff Chaos Could Reshape Asia's Businesses

 2025-07-07 10:22:30

Crying At Work: A Sign Of Strength, Weakness Or Just Being Human?

 2025-07-06 01:39:58