Home > Bahasa Melayu
Ceburi Bidang Keusahawanan, Bersama Memacu Ekonomi Negara
Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid
February 10th, 2024 | 07:44 AM |
102 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Bidang keusahawanan adalah sangat penting dan perlu diberi perhatian kerana ia bertindak sebagai pemangkin kepada ekonomi negara.
Usahawan merupakan golongan yang penting dan diterima oleh masyarakat dan negara.
Para belia di negara ini juga sering menghadapi cabaran dan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan tetap baik di sektor kerajaan mahupun sektor swasta walaupun mempunyai ijazah kelulusan seperti Diploma, Sarjana Muda dan sebagainya.
Walaupun bagaimanapun, itu bukanlah alasan untuk tidak membuat perubahan dalam laluan kerjaya untuk menjadi seorang usahawan.
Pihak kerajaan turut menyarankan agar masyarakat menjadi usahawan terutamanya para pelajar lepasan universiti kerana ini disebabkan oleh mereka masih muda dan kuat daripada segi fizikal untuk melaksanakan kerja-kerja usahawan.
Dengan mengikuti kursus-kursus keusahawanan yang dianjurkan, ia benar-benar membuka minda mereka untuk menceburi bidang keusahawanan dan dijadikan sumber pendapatan dan mata pencarian rezeki.
Alternatif bekerjasama dan berkolaborasi dengan pelbagai usahawan dan perniagaan tempatan yang lain juga memainkan peranan yang penting dalam mempromosi produk-produk yang ingin diperkenalkan.
Selain itu, galakan dan dorongan perlu diberikan kepada golongan usahawan belia dalam merancang strategi pemasaran yang lebih baik serta memastikan perniagaan mereka mempunyai matlamat yang jelas.
Tidak dinafikan juga, promosi mulut ke mulut merupakan strategi pemasaran yang sangat berkesan terutama di negara ini dam ia juga secara tidak langsung membantu meningkatkan ekonomi serta isi pendapatan harian.
Pendedahan awal dan penglibatan keluarga dalam bidang keusahawanan mempengaruhi kecenderungan anak-anak mereka menjadi seorang usahawan.
Anak-anak meniru cara ibu bapa mereka berniaga dan menjadikannya sebagai model peranan untuk menjalankan perniagaan dan faktor ini mempengaruhi kejayaan perniagaan dalam kalangan usahawan kerana anak-anak biasnya akan mewarisi pekerjaan ibu bapa mereka.
Secara kesimpulannya, penglibatan mahasiswa atau pelajar di dalam bidang keusahawanan akan memajukan negara sejurus dengan Wawasan Brunei 2035.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]