FacebookInstagramTwitterContact

 

Ditch Harmful VEGETABLE OILS For These Healthy Substitutes           >>           Replace Ultra-Processed Foods With These HEALTHY Alternatives           >>           Liam Hemsworth And Gabriella Brooks Rare Date Night Photos Will Leave You Hungering For More           >>           See Taylor Swift And Travis Kelce Kiss During Enchanted Lake Como Boat Date           >>           NASA's Juno Probe Captures Fascinating High-Resolution Images Of Jupiter's Icy Moon Europa           >>           A Fallout Crossover Is Coming To Fortnite           >>           The Openai Team Tasked With Protecting Humanity Is No More           >>           Youtube Reportedly Agrees To Block Videos Of Hong Kong’s Protest Song Inside The Region           >>           Gaza War: UN Defends Casualty Tally Amid Israeli Anger           >>           Row Over North Macedonia's Name Flares Up Again           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Ambil Hikmah Peristiwa Agung Israk, Mikraj


Hernie Suliana Haji Othman

 


 February 11th, 2024  |  07:55 AM  |   164 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 Peristiwa Israk dan Mikraj adalah antara mukjizat terbesar Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam selepas Al-Quran, bilamana peristiwa agung ini merupakan gabungan dua peristiwa yang berlainan yang terjadi dalam satu malam.

 

Selaras dengan tema Majlis Sambutan Israk dan Mikraj tahun ini iaitu 'Sembahyang Tiang Ugama', pada Khutbah Jumaat baru-baru ini turut mengetengahkan mengenai peristiwa Israk dan Mikraj iaitu ketika Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah mendapat perintah langsung daripada Allah Subhanahu Wata'ala untuk menunaikan sembahyang fardu lima waktu sehari semalam.

 

Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Adh-Dhariyat, ayat 56: Tafsirnya : “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk menyembah Aku".

 

Ayat ini sangat besar rahsianya dan amat jauh pengertiannya, kita sebagai hamba Allah Subhanahu Wata'ala diperintahkan untuk menyembah-Nya (menunaikan solat) tidak kira walau sesibuk mana pun kehidupan kita, sembahyang tetap wajib dipelihara dengan bersungguh-sungguh dan bukan dengan sambil lewa.

 

Sembahyang merupakan kewajipan dan terkandung di dalamnya banyak kelebihan dan hikmah yang sangat besar, dan antara hikmah di sebalik mendirikan sembahyang itu antaranya adalah dapat mendisiplinkan diri.

 

Jika kita menjaga dan menekuni setiap syarat dan rukun yang telah ditetapkan, pastinya menjadi suatu latihan untuk membentuk disiplin diri, yang mana antara disiplin diri sebelum mendirikan sembahyang itu ialah dengan menjaga kebersihan, kita mestilah dalam keadaan yang terbaik untuk bertemu dengan Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Hikmah kedua ialah menghapuskan dosa lama, sembahyang lima waktu yang diwajibkan sehari semalam ke atas kita adalah nikmat yang sangat besar, ini kerana ibadah sembahyang dapat menghapuskan dosa-dosa yang telah kita lakukan.

 

Daripada Abu Hurairah Radiallahuanhu, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Maksudnya: “Sembahyang lima waktu dan dari Jumaat ke Jumaat berikutnya dan dari Ramadan ke Ramadan berikutnya merupakan penghapus dosa-dosa yang dilakukan di antara keduanya apabila dosa-dosa besar dijauhi". (Hadis Riwayat Imam Muslim)

 

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga menyifatkan sembahyang fardu ini seperti mandi lima kali sehari, dan begitulah juga rahmat dan pengampunan Allah Subhanahu Wata'ala yang amat luas dan tiada penghujungnya.

 

Ketiga ialah meningkatkan rasa kehambaan dalam diri, bilamana dengan mengerjakan sembahyang akan mengingatkan manusia kepada dirinya sebenar iaitu hamba kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Dengan mendirikan sembahyang juga, manusia akan sentiasa ingat akan kedudukannya, apabila seseorang itu terlupa hakikat tersebut disebabkan kesibukan duniawi dan hubungannya dengan orang lain, maka dengan datangnya waktu sembahyang itu akan memperbaharui ingatannya bahawa dia adalah hamba yang dimiliki oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Selain itu, jiwa manusia juga akan merasakan bahawa tidak ada yang memberi bantuan dan nikmat yang sebenarnya melainkan Allah Azza Wajalla.

 

Sekalipun kita melihat di dunia ini pada zahirnya terdapat sebab-sebab yang membantu dan memberikan nikmat, tetapi pada hakikatnya hanya Allah Subhanahu Wata'ala sahaja yang dapat mempermudahkan sebab-sebab tersebut kepada kita.

 

Apabila manusia lalai lalu mendatangi sembahyang, sembahyang itu akan mengingatkan mereka bahawa yang menjadi penyebab kepada sesuatu itu ialah Allah yang Maha Esa, yang memberi bantuan dan nikmat, Tuhan yang memberi kesan mudarat dan manfaat serta yang menghidupkan dan mematikan.

 

Sesungguhnya tiada satu ibadah pun yang dapat menandingi keistimewaan dan keutamaan sembahyang.

 

Allah Subhanahu Wata'ala memberikan satu anugerah teragung buat Junjungan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan umat Baginda seluruhnya kerana ianya merupakan cara terbaik untuk kita berkomunikasi dan mendekatkan diri dengan Allah Subhanahu Wata'ala dalam bentuk lima waktu sembahyang fardu secara konsisten sehari semalam.

 

Sembahyang juga sebagai cara untuk bertaqarrub kepada Allah Subhanahu Wata'ala sehingga disebut oleh ulama bahawa sembahyang itu Mikraj bagi orang-orang yang beriman.

 

Sebagaimana disebutkan dalam Surah Al-Ankabut, ayat 45, Tafsirnya : “Bacalah (Wahai Nabi Muhammad) apa yang diwahyukan kepadamu daripada Al-Quran dan dirikanlah sembahyang, sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (manfaat dan kesannya) dan Allah Mengetahui apa yang kamu perbuat".

 

Maka hendaklah kita sentiasa bertakwa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala dengan meningkatkan keimanan kepada-Nya, kerana sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah Subhanahu Wata'ala itu ialah orang yang paling bertakwa.

 

Mudah-mudahan kita menjadi insan yang sentiasa mengingati Allah Subhanahu Wata'ala, beroleh kejayaan dan keselamatan di dunia dan juga di akhirat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Khartini Hamir

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody

 2024-05-18 04:32:54

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55