FacebookInstagramTwitterContact

 

Excellent Student Certificate Presentation Ceremony           >>           Fishermen's Day           >>           Rhythmic Speech Competition           >>           Panel Discussion on Workplace Safety           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           3rd ASEAN Forum: The Future of Finance           >>           Brunei TV Service's Golden Jubilee           >>           Language Month Celebration           >>           Chancellor's Cup Tournament Closing Ceremony           >>           Unscheduled Visit to the Ministry of Religious Affairs           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


3 Buah Rumah Terlibat Dalam Kebakaran


Jabatan Bomba dan Penyelamat

 


 February 13th, 2024  |  05:56 AM  |   125 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) menerima laporan mengenai insiden kebakaran rumah yang berlaku di kawasan Kampung Sungai Kebun baru-baru ini.

 

Seramai 39 orang anggota bomba dari Balai Bomba Sungai Kebun dan Balai Bomba Pelancaran telah dikerahkan ke tempat kejadian dan diketuai oleh ASO Kalali bin Haji Munchit. Operasi tersebut turut menerima bantuan tenaga dari Balai Bomba Bandar Seri Begawan, Balai Bomba Beribi dan Balai Bomba Berakas.

 

Ketika sampai di tempat kejadian, anggota bomba segera bertindak memadam kebakaran tersebut dengan menggunakan tujuh jet hos 64mm ke 38mm dengan menggunakan 'control dividing breeching'. Manakala air diperoleh daripada air terbuka dan pili bomba yang berdekatan.

 

Dalam insiden itu, sebanyak tiga buah rumah telah terlibat dalam kebakaran tersebut di mana api dapat dikawal dalam masa satu jam dan pihak bomba juga berjaya mengawal kebakaran tersebut daripada terus merebak. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh pihak JBP, tidak ada korban jiwa dan kecederaan berlaku dan punca serta anggaran kerugian masih dalam penyiasatan.

 

Sehubungan itu, pihak JBP ingin menyarankan kepada orang ramai agar memastikan menutup (switch off) mana-mana suis peralatan elektrik selepas digunakan atau sebelum meninggalkan bangunan.

 

Selain itu, JBP juga menasihatkan untuk memastikan penyelenggaraan wayar elektrik dikendalikan oleh syarikat yang bertauliah mengikut piawaian yang dikendalikan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Elektrik. Seterusnya, memastikan bangunan dilengkapi dengan peralatan keselamatan kebakaran iaitu alat pemadam api jenis debu kering 2kg dan selimut api (fire blanket).

 

Akhir sekali, orang ramai juga dinasihatkan untuk mengetahui mengenai tatacara penggunaan alat pemadam api dengan betul bagi tindakan awal memadam api kebakaran kecil.

 

Oleh yang demikian, JBP juga mengingatkan lagi kepada orang ramai, jika berlaku sebarang insiden kecemasan, hubungi Talian Kecemasan Bomba 995 dan seterusnya memberikan maklumat dengan tepat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Jabatan Bomba dan Penyelamat

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

How Trump's Tariff Chaos Could Reshape Asia's Businesses

 2025-07-07 10:22:30

Crying At Work: A Sign Of Strength, Weakness Or Just Being Human?

 2025-07-06 01:39:58