Home > Bahasa Melayu
PPDB Anjur Ceramah Israk Mikraj
Pasukan Polis Diraja Brunei
February 13th, 2024 | 06:24 AM | 179 views
GADONG
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mengadakan majlis ceramah bersempena memperingati Peristiwa Israk dan Mikraj yang diadakan di Surau Polis Gadong, PPDB, pagi tadi.
Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan ialah Pesuruhjaya Polis, PPDB, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali.
Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Polis PPDB, Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin berserta Para Pengarah, Timbalan Pengarah, para Pegawai Pemerintah Daerah Polis, Ketua-ketua Formasi, pegawai-pegawai kanan, anggota serta kakitangan PPDB.
Majlis dimulakan dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Penolong Pensyarah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Abdul Rahman bin Haji Ajak dengan tajuk 'Solat Tiang Agama'.
Antara pengisian ceramah tersebut ialah belajar tentang rukun-rukun solat, memahami bacaan dalam solat, hadirkan diri untuk solat, jauhi waswas dalam solat dan sediakan tempat atau ruang di rumah untuk solat.
Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Imam Surau Polis Gadong, PPDB, Apo Staf Sarjan 6472 Muhd Yusri bin Haji Abu Bakar.
Majlis Ceramah Sambutan Israk dan Mikraj ini dikelolakan oleh Badan Ugama Islam, PPDB.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pasukan Polis Diraja Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]