FacebookInstagramTwitterContact

 

Ditch Harmful VEGETABLE OILS For These Healthy Substitutes           >>           Replace Ultra-Processed Foods With These HEALTHY Alternatives           >>           Liam Hemsworth And Gabriella Brooks Rare Date Night Photos Will Leave You Hungering For More           >>           See Taylor Swift And Travis Kelce Kiss During Enchanted Lake Como Boat Date           >>           NASA's Juno Probe Captures Fascinating High-Resolution Images Of Jupiter's Icy Moon Europa           >>           A Fallout Crossover Is Coming To Fortnite           >>           The Openai Team Tasked With Protecting Humanity Is No More           >>           Youtube Reportedly Agrees To Block Videos Of Hong Kong’s Protest Song Inside The Region           >>           Gaza War: UN Defends Casualty Tally Amid Israeli Anger           >>           Row Over North Macedonia's Name Flares Up Again           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tingkat Kesedaran, Tanggungjawab Pulihara Alam Sekitar


Jabatan Penerangan

 


 February 14th, 2024  |  07:17 AM  |   119 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sejak kebelakangan ini, pembangunan yang berkembang pesat sedang berlaku di seluruh dunia pada ketika era globalisasi ini.

 

Akan tetapi, kemajuan dalam sektor perindustrian telah dikecapi hari ini sedikit tercalar akibat sikap manusia yang tidak bertanggungjawab dengan mencemarkan alam sekitar.

 

Alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita dan langkah-langkah yang positif perlu dilakukan.

 

Di Negara Brunei Darussalam (NBD), pelbagai usaha dijalankan oleh pihak kerajaan dalam menjaga alam sekitar terutama melalui Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe), Kementerian Pembangunan.

 

Usaha murni itu juga mendapat sokongan daripada agensi-agensi kerajaan yang lain, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan, institusi pendidikan dan masyarakat awam umumnya.

 

Pelaksanaan amalan inisiatif hijau seperti tidak menggunakan plastik, mengurangkan penggunaan tenaga, menjimatkan elektrik dan sebagainya dilihat sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengekalkan keseimbangan dan keharmonian alam sekitar.

 

Sejak 1 Januari 2019, NBD telah mencatatkan satu pencapaian membanggakan apabila berjaya melaksanakan Inisiatif Setiap Hari Tanpa Beg Plastik di kedai-kedai dan gedung-gedung perniagaan yang ikut serta.

 

Usaha-usaha untuk mengurangkan penggunaan plastik turut disemai melalui seruan dan saranan kepada orang ramai agar menggunakan botol minuman sendiri, membawa bekas makanan dari rumah, menggunakan penyedut minuman mesra alam dan sebagainya.

 

Sementara itu, pihak-pihak swasta dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) termasuk pihak sukarelawan turut sama membantu usaha murni kerajaan dengan melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk kempen-kempen kebersihan pantai dan sungai serta kempen kitar semula dalam sama-sama memulihara alam sekitar di negara ini.

 

Dalam pada itu, kaedah inisiatif 'Reuse, Reduce & Recycle' (3R) bertujuan bagi memupuk kesedaran orang ramai untuk mengamalkan kaedah kitar semula secara bersih dan sihat, demi menjaga kebersihan, kesuburan dan keindahan alam sekitar di negara kita yang tercinta ini.

 

Usaha kitar semula ini setentunya dapat mengurangkan sampah awam di kawasan yang semakin padat dengan penduduk, malah ia juga merupakan satu cara untuk pengurusan sampah yang betul, di mana antara bahan yang boleh dikitar semula adalah termasuk seperti jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil dan elektronik.

 

Melalui kitar semula ini dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baharu, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (daripada pembakaran), pencemaran air (daripada tapak pelupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau (greenhouse gas emission) berbanding penghasilan barang baharu daripada bahan mentah.

 

Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja kerana ia adalah tanggungjawab semua pihak dalam memainkan peranan penting bagi sama-sama menangani masalah pencemaran.

 

Untuk mengekalkan persekitaran yang bersih, usaha berterusan memerlukan penglibatan semua lapisan masyarakat.

 

Oleh itu, kesedaran yang tinggi terhadap alam sekitar haruslah wujud dalam diri setiap individu demi kelestarian alam sekitar.

 

Ke arah itu, marilah kita sama-sama bergabung melindungi alam sekitar demi kesinambungan generasi pewaris akan datang.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Haniza Abdul Latif

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody

 2024-05-18 04:32:54

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55