FacebookInstagramTwitterContact

 

Plums: A Superfood For Digestive Health And Beyond           >>           The Miracle Of MORINGA: Unveiling The Power Of Nature’s Most Versatile Superfood           >>           'My Neighbours Had Wild Reaction When I Parked In Public Spot – It's Exhausting'           >>           Pregnant Tiktok Chef Tineke "Tini" Younger And Antoine Wright Jr. Reveal Sex Of Their Twin Babies           >>           Everything The Kardashian-Jenners Have Shared About Their Plastic Surgery           >>           Water Supply Disruptions           >>           Cleaning Works           >>           Strategic Plan for Prevention of Obesity           >>           Fairphone 6 Lands A Perfect 10 For Repairability           >>           Blood Donation Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Hubungan Dua Hala NBD, Republik Islam Iran Akan Terus Diperluas


Mohd. Sahrizal Haji Said

 


 February 14th, 2024  |  08:06 AM  |   163 views

GADONG

 

Republik Islam Iran amat mementingkan hubungannya dengan Negara Brunei Darussalam (NBD) dan bersedia untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala mereka dalam semua bidang. Tahun ini juga menandakan ulang tahun ke-34 penubuhan hubungan diplomatik antara NBD dengan Republik Islam Iran.

 

Pemangku Ketua Misi Kedutaan Republik Islam Iran, Abolfazl Azimi semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Resepsi bagi meraikan Ulang Tahun Kemenangan Revolusi Islam di Republik Islam Iran Ke-45 yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, di sini.

 

Dalam tiga dekad yang lalu katanya, kedua-dua negara telah menikmati kerjasama yang erat dan hubungan tradisi yang mesra atas dasar saling menghormati, memahami dan tiada halangan politik dalam meluaskan hubungan dua hala tersebut.

 

“Hubungan ini juga telah diperkukuhkan lagi dengan mengadakan beberapa pertukaran lawatan, dan saya percaya masih terdapat banyak ruang dan kapasiti untuk menjalinkan kerjasama dalam ekonomi, perdagangan, pelaburan, kebudayaan, pelancongan dan lain-lain," ujarnya.

 

Hubungan dua hala antara Republik Islam Iran dengan NBD juga katanya lagi, akan terus diperluas sehingga membuahkan hasil yang lebih besar pada masa akan datang melalui usaha dan keazaman bersama berdasarkan rasa hormat dan faedah bersama.

 

Bagi tujuan itu, Kedutaan Republik Islam Iran di negara ini akan cuba sedaya upaya untuk menjadi pemangkin serta saling berganding bahu dalam merapatkan hubungan kedua-dua buah negara.

 

Terdahulu, beliau antara lain mengongsikan tentang peristiwa penting yang pernah tercatat 45 tahun yang lalu di mana rakyat Iran membuka lembaran baharu dalam sejarahnya dengan memulakan era baharu dalam tamadun purba tersebut, dan Revolusi adalah pertanda kemerdekaan dan kebebasan daripada menyerah kalah kepada kuasa asing.

 

 “Sepanjang empat dekad yang lalu, Iran telah memperoleh banyak pencapaian dalam bidang yang berbeza, dan negara berkenaan telah berjaya menguasai banyak teknologi canggih," ujarnya lagi.

 

Berkenaan dengan dasar luar tambahnya, Iran sentiasa melampirkan tinggi kepentingan untuk mematuhi hubungan kejiranan yang baik dan pengembangan hubungan di peringkat dua hala, serantau dan antarabangsa dengan semua negara lain di dunia.

 

Iran juga secara konsisten berpegang kepada kemerdekaan dalam dasar luar serta prinsip lain dalam hal ehwal antarabangsa seperti kemajuan keamanan sejagat dan serantau, kestabilan, keselamatan dan keadilan; mempromosi persefahaman antarabangsa melalui dialog dan interaksi budaya, serta perjuangan menyeluruh menentang keganasan, ekstremisme dan akar-akarnya.

 

Hadir selaku wakil kerajaan Negara Brunei Darussalam, Timbalan Menteri (Sekuriti dan Undang-undang), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Sufian bin Haji Sabtu.

 

Kemuncak majlis ialah memotong kek ulang tahun yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri (Sekuriti dan Undang-undang), JPM bersama Pemangku Ketua Misi Kedutaan Republik Islam Iran.

 

Para tetamu yang hadir kemudiannya dialu-alukan untuk menikmati jamuan yang disediakan sambil menyaksikan tayangan video mengenai Republik Islam Iran.

 

Republik Islam Iran dan NBD antara dua buah negara yang mempunyai persamaan dari segi sejarah, budaya dan agama serta mempunyai banyak minat sama yang membuatkan kedua-dua buahnya menjadi lebih rapat dan meningkatkan hubungan serta kerjasama dalam pelbagai aspek.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Khartini Hamir

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Australian PM Vows 'Full Force Of Law' After Arson Attack At Synagogue

 2025-07-06 01:06:11

Crying At Work: A Sign Of Strength, Weakness Or Just Being Human?

 2025-07-06 01:39:58