Home > Bahasa Melayu
Doa Kesyukuran Sempena Hari Puja Usia DPMM
Mohd. Sahrizal Haji Said
February 17th, 2024 | 08:09 AM | 162 views
TUNGKU
Universiti Brunei Darussalam (UBD); Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA); bersama Universiti Teknologi Brunei (UTB), menganjurkan Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri Yang Ke-50 tahun, berlangsung di Masjid Universiti, UBD, di sini.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah adalah juga merupakan Pro Canselor UBD, Pro Canselor UNISSA dan Pro Canselor UTB.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh.
Turut hadir, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin; Naib Canselor UBD, Dr. Hazri bin Haji Kifle; Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal; Naib Canselor UTB, Datin Paduka Profesor Dr. Dayang Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Korporat), Kementerian Pendidikan, Profesor Dr. Noor Azam bin Orang Kaya Maha Bijaya Haji Othman serta para pegawai kanan, pensyarah-pensyarah, kakitangan dan mahasiswa-mahasiswi daripada ketiga-tiga universiti berkenaan.
Acara dimulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah dan Sembahyang Sunat Hajat yang diimamkan oleh Imam Tingkat II, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Abdul Muhaimin bin Dr. Haji Serbini.
Majlis diteruskan lagi dengan bacaan Surah Yaasiin dan Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Bilal Tingkat II, Masjid Kampung Mata-mata, Awang Muhammad Syazwan Ghassani bin Mohd. Sahron dan diakhiri dengan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]