Home > Bahasa Melayu
Doa Kesyukuran Sempena Hari Puja Usia
Hernie Suliana Haji Othman
February 18th, 2024 | 08:47 AM | 144 views
TUTONG
Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri yang Ke-50 Tahun di Surau As-Salam hospital berkenaan, hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar. Majlis dimulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardu Zohor Berjemaah diikuti dengan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah.
Seterusnya bacaan Doa Kesyukuran bersempena dengan Sambutan Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ke-50 Tahun oleh Ketua Guru Agama Hospital PMMPMHAMB, Pengiran Haji Radiman bin Pengiran Haji Tengah.
Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Awang Haji Maswadi bin Haji Mohsin; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Dr. Hajah Anie Haryani binti Haji Abd. Rahman; Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, Pengiran Dr. Haji Khalifah bin Pengiran Haji Md. Ismail; ketua-ketua jabatan, berserta pegawai-pegawai dan kakitangan Hospital PMMPMHAMB.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Hernie Suliana Haji Othman
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]