FacebookInstagramTwitterContact

 

Plums: A Superfood For Digestive Health And Beyond           >>           The Miracle Of MORINGA: Unveiling The Power Of Nature’s Most Versatile Superfood           >>           'My Neighbours Had Wild Reaction When I Parked In Public Spot – It's Exhausting'           >>           Pregnant Tiktok Chef Tineke "Tini" Younger And Antoine Wright Jr. Reveal Sex Of Their Twin Babies           >>           Everything The Kardashian-Jenners Have Shared About Their Plastic Surgery           >>           Water Supply Disruptions           >>           Cleaning Works           >>           Strategic Plan for Prevention of Obesity           >>           Fairphone 6 Lands A Perfect 10 For Repairability           >>           Blood Donation Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bertakwa : Jalan Keluar Daripada Segala Kesukaran


Kementerian Hal Ehwal Ugama

 


 February 18th, 2024  |  09:04 AM  |   250 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Allah Subhanahu Wata'ala berjanji kepada orang-orang yang bertakwa akan memberi mereka jalan keluar daripada segala macam kesukaran dalam hidup ini.

 

Adapun antara cara untuk menjadi orang yang bertakwa itu adalah pertama : menjaga kesempurnaan ibadah sembahyang; kedua : membaca Al-Quran dan memahaminya serta mengamalkan isi kandungannya; ketiga : bersyukur atas nikmat yang diberi; dan keempat : sentiasa memohon doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Demikian antara perkara yang disampaikan di dalam tazkirah oleh Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Da'wah Islamiah (PDI), Awang Haji Muhammad Nazir bin Haji Othman dari Rumah Kegiatan Ugama Kampung Bebuloh sebagai menyerikan lagi Program Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) Kali Ke-125, hari ini.

 

Program Malam Munajat yang diadakan hari ini mengundang tetamu khas, Ketua 1 ASTERAWANI, Profesor Ampuan Dr. Haji Ibrahim bin Ampuan Haji Tengah yang juga memimpin bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah dari Masjid Pengiran Muda 'Abdul Malik, Kampung Tungku.

 

Turut hadir bagi sama-sama menyemarakkan lagi Program Malam Munajat tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

 

Juga hadir dalam mengimarahkan Program Malam Munajat tersebut ialah Ahli-ahli ASTERAWANI; tenaga pengajar dari Pusat Bahagia, Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Bengkurong; Ahli-ahli Persatuan Muallaf Kegiatan Ugama Kampung Bebuloh; Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir serta jemaah dari Masjid Pengiran Muda 'Abdul Malik, Kampung Tungku serta beberapa buah masjid, surau dan balai ibadat dari seluruh negara berjumlah 69 buah. Turut menyerikan Malam Munajat, warga kerja di bawah KHEU bersama keluarga dari kediaman masing-masing.

 

Selesai bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, diteruskan dengan bacaan Surah Al-Mulk beramai-ramai dipimpin oleh Tenaga Pengajar Institusi Khas, Pusat Bahagia, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kampung Pulaie, Awang Haji Nuurmatiin bin Haji Abu Bakar dari Surau Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Rimba.

 

Manakala Doa Munajat dibacakan oleh Pengarah Pusat Ilmu Teras, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr. Haji Noralizam bin Haji Aliakbar dari Masjid Pengiran Muda 'Abdul Malik, Kampung Tungku.

 

Sejurus selesai tazkirah, disusuli dengan bacaan Selawat Tafrijiyyah beramai-ramai dipimpin oleh Tenaga Pengajar Institusi Khas, Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Bengkurong, Awang Sanif bin Haji Tarip dari Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Rimba.

 

Bagi mengakhiri acara, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Awang Morni bin Haji Nayan dari Masjid Pengiran Muda 'Abdul Malik, Kampung Tungku.

 

Program Malam Munajat anjuran KHEU mengajak orang ramai untuk bersama-sama mempertingkatkan amalan kerohanian, meminta keampunan daripada Allah Subhanahu Wata'ala dengan beristighfar, membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan menghayati maknanya, serta merafakkan dan mengaminkan doa secara serentak beramai-ramai dengan harapan agar Negara Brunei Darussalam dan seluruh rakyat serta penduduknya terselamat dari segala bala bencana dan penyakit merbahaya.

 

Orang ramai adalah dialu-alukan menyertai acara Malam Munajat pada setiap Sabtu Malam Ahad secara maya melalui pautan 'https://tiny.cc/munajatkheu' atau 'https://www.facebook.com/pdi.kheu'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Kementerian Hal Ehwal Ugama

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Australian PM Vows 'Full Force Of Law' After Arson Attack At Synagogue

 2025-07-06 01:06:11

Crying At Work: A Sign Of Strength, Weakness Or Just Being Human?

 2025-07-06 01:39:58