FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majlis Pengundian, Pemilihan Calon Penghulu Mukim Kota Batu


Marlinawaty Hussin

 


 February 19th, 2024  |  07:57 AM  |   181 views

KOTA BATU

 

Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Penghulu Mukim Kota Batu diadakan hari ini bertempat di Dewan Sekolah Rendah Pintu Malim.

 

Majlis berkenaan telah diadakan selama dua hari iaitu pada Jumaat, 16 Februari 2024 bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang dan hari ini, bermula jam 8.00 pagi hingga berakhirnya majlis pada jam 3.00 petang.

 

Hadir di majlis tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat selaku Ketua Kampung Subok dan Pemangku Penghulu Mukim Kianggeh; Ahli MMN, Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan selaku Ketua Kampung Belimbing; Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara (DBM), Pengiran Md. Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim; Pemangku Penghulu Mukim Kota Batu merangkap Ketua Kampung Pulau Baru-baru, Tanjong Kindana dan Sungai Bunga, Awang Zaini bin Haji Mohd. Salleh serta ketua-ketua kampung dan pemangku ketua-ketua kampung di bawah Mukim Kota Batu.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Kampung Pintu Malim, Awangku Muhammad Syukri bin Pengiran Haji Sulaiman.

 

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pemangku Pegawai DBM yang mana beliau menyatakan seorang penghulu mukim harus bertanggungjawab mengwujudkan, memelihara dan mengekalkan persefahaman, perpaduan dan keharmonian dalam kalangan ketua-ketua kampung serta penduduk-penduduk di mukimnya dalam hidup bermasyarakat serta bersama-sama bergerak aktif dengan ketua-ketua kampung dalam memajukan dan membangun kampung-kampung di bawah mukimnya.

 

“Seorang penghulu mukim berperanan mengadakan perundingan, permuzakarahan dan permuafakatan dengan majlis perundingan mukim dan majlis perundingan kampung serta bersama anak buah mukim serta kampung mengenai apa jua perkara berkebajikan untuk pembangunan, kemajuan, kesentosaan dan kesejahteraan terutama sekali yang berkaitan dengan permasalahan anak-anak buah mukim, keselamatan dan keamanan dalam sesebuah mukim dan negara umumnya," tambahnya.

 

Dengan berbuat demikian jelasnya penghulu mukim akan dapat mendekatkan diri mereka dengan anak-anak buah mukim dan kampung dan seterusnya memperkukuhkan lagi jalinan silaturahim di antara ketua-ketua kampung dengan anak-anak buah masing-masing sekali gus menyumbang kepada suasana mukim dan kampung yang lebih harmoni dan sejahtera sepertimana yang diharap-harapkan oleh pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Calon tunggal yang layak bagi jawatan penghulu Mukim Kota Batu ialah Awang Rasli bin Taram, berusia 36 tahun dan bermastautin di Kampung Menunggol, Mukim Kota Batu sejak lahir.

 

Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Kesusasteraan Melayu dari Universiti Brunei Darussalam pada tahun 2016 dan pada ketika ini berkhidmat di sebuah sekolah swasta sebagai Ketua Guru.

 

Seramai 198 penduduk Mukim Kota Batu telah mengundi calon untuk mengisikan kekosongan jawatan penghulu mukim berkenaan.

 

Daripada jumlah yang telah mengundi tersebut, seramai 148 orang bersetuju dan 49 orang tidak bersetuju, manakala satu undi rosak.

 

Keputusan pengundian yang diperoleh akan dibawa dan digunakan dalam menyediakan sokongan yang mana seterusnya dihadapkan ke Lembaga Perjawatan, Disiplin, Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi proses yang selanjutnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30