Home > Bahasa Melayu
Rukyah Anak Bulan Ramadan 1445, 10 Mac Ini
February 22nd, 2024 | 08:37 AM | 446 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Mahkamah Syariah Negara Brunei Darussalam (NBD) dengan ini memaklumkan kepada orang ramai terutama umat lslam di NBD bahawa Yang Berhormat Yang Di-Pertua Majlis Ugama lslam dengan ini memaklumkan bahawa ketetapan tarikh 1 Syaaban 1445 Hijrah adalah jatuh pada petang Sabtu malam Ahad, 10 Februari 2024 Masihi.
Maka dengan itu, Nisfu Syaaban bagi Tahun 1445 Hijrah adalah jatuh pada petang Sabtu malam Ahad, 24 Februari 2024.
Berikutan dengan itu juga, ketetapan bagi merukyah anak bulan Ramadan bagi Tahun 1445 Hijrah akan dilakukan pada petang Ahad, 29 Syaaban 1445 Hijrah bersamaan 10 Mac 2024 Masihi di tempat-tempat yang telah ditempatkan iaitu di Menara DST, Bangunan DST Headquarters, Lebuhraya Tungku, Daerah Brunei dan Muara (DBM); Taman Rekreasi Tanjung Batu, Kampung Sabun, Pekan Muara, DBM; Bukit Agok, Jerudong, DBM; Bangunan Hilal Bukit Ambog, Daerah Tutong dan Bangunan Hilal Bukit Lumut, Daerah Belait.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pejabat Mahkamah Rayuan Syariah
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]