Home > Bahasa Melayu
Upacara Menurunkan Bendera NBD Di Daerah Tutong
Ihsan Jabatan Daerah Tutong
February 26th, 2024 | 07:38 AM | 102 views
TUTONG
Upacara Menurunkan Bendera Negara Brunei Darussalam (NBD) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan NBD Ke-40, Tahun 2024 bagi Daerah Tutong diadakan di kawasan Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa yang diketuai oleh Ketua Imam Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Kampung Sengkarai, Awang Abdul Raqib bin Haji Awang.
Ini diikuti dengan Upacara Menurunkan Bendera NBD oleh Pasukan Polis Diraja Brunei dan seterusnya penyerahan bendera NBD kepada tetamu kehormat majlis.
Hadir sama pada majlis berkenaan ialah ketua-ketua jabatan dan cawangan kerajaan di Daerah Tutong, Penghulu-penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung dan Pemangku-pemangku Ketua Kampung.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pg. Vivy Malessa Pg. Ibrahim
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]