Home > Bahasa Melayu
Penurunan Bendera NBD Di Permata Hijau
Hernie Suliana Haji Othman
February 26th, 2024 | 07:42 AM | 102 views
TEMBURONG
Kawasan Lapang Dermaga Pekan Bangar menjadi tumpuan bagi Upacara Menurunkan Bendera Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan (HK) Negara Brunei Darussalam (NBD) Ke-40, Tahun 2024 bagi Daerah Temburong.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Awang Mohamad Yassin bin Haji Ahmed.
Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir, juga selaku Ketua Kampung Labu Estet dan Piasau-piasau; Pemangku Penolong Pegawai Daerah Temburong, Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Suhaili selaku Pengerusi Majlis; ketua-ketua cawangan jabatan-jabatan kerajaan; Pemangku Penghulu-penghulu Mukim; Ketua-ketua Kampung; Pemangku Ketua-ketua Kampung; dan jemputan khas.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Imam Masjid Kampung Labu Estate, Awang Haji Mohammad Sallehuddin bin Haji Suhaimi dan diikuti dengan Lagu Kebangsaan NBD.
Acara kemudiannya diteruskan lagi dengan Upacara Menurunkan Bendera NBD dan penyerahan bendera berkenaan kepada tetamu kehormat majlis.
Upacara Menurunkan Bendera NBD berkenaan menandakan berakhirnya tempoh pengibaran bendera di premis-premis kerajaan dan swasta serta rumah-rumah kediaman rakyat dan penduduk di negara ini bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun HK NBD Ke-40, Tahun 2024.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Rohani Haji Abdul Hamid
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]