FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majlis Membaca Surah Yaa Siin, Tahlil, Doa Arwah Sekampung


Mohd. Sahrizal Haji Said

 


 February 26th, 2024  |  08:05 AM  |   170 views

KILANAS

 

Ahli Jawatankuasa Takmir (AJKT) Masjid Kampung Kilanas mengelolakan Majlis Membaca Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Arwah Sekampung diselajurkan dengan Majlis Penyampaian Derma Anak-anak Yatim bagi Kampung Kilanas yang berlangsung di masjid berkenaan, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

 

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, selaku Penaung 1, AJKT Masjid Kampung Kilanas.

 

Acara yang bermula selepas Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah berkenaan, dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh tetamu kehormat majlis.

 

Diikuti dengan membaca Surah Yaa Siin, Tahlil, dan Doa Arwah Sekampung yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Mohd. Redzuan bin Haji Marzuki selaku Ketua Imam dan seterusnya menunaikan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah.

 

Pada majlis berkenaan, seramai 11 anak yatim menerima derma berupa wang tunai hasil daripada Tabung Derma Khas Anak-anak Yatim bagi Kampung Kilanas yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis.

 

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Kilanas, Awang Muhd. Fahmie bin Haji Awang Metussin.

 

Majlis berkenaan merupakan aktiviti tahunan Ahli Jawatankuasa Kerja Takmir Masjid (Pandu). Mereka sepakat dan bersetuju mengadakannya kira-kira dua minggu sebelum umat Islam di Negara Brunei Darussalam akan menyambut bulan Ramadan 1445 Hijrah Al-Mubarak.

 

Tujuan utama Majlis Doa Arwah Sekampung berkenaan diadakan adalah untuk menjalankan aktiviti tahunan seperti lazimnya tiap-tiap bulan Syaaban menjelma dengan umat Islam mengerjakan amalan membaca Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Arwah untuk memperingati saudara-saudara yang telah kembali ke rahmatullah bagi mendoakan kesejahteraan mereka.

 

Di samping itu juga, amalan bersedekah memainkan peranan yang penting bagi membantu anak-anak yatim dalam menempuhi Tahun Baharu 2024 dan menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan yang tidak lama lagi tiba.

 

Antara yang hadir pada majlis berkebajikan berkenaan ialah Penaung-penaung dan Penasihat-penasihat serta AJKT Masjid Kampung Kilanas dan para jemputan khas, Penghulu Mukim Kilanas dan Ketua-ketua Kampung dalam Mukim Kilanas, Ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung Kilanas, anak-anak yatim berserta para penjaga mereka serta jemaah masjid dan para penduduk Kampung Kilanas dan sekitarnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47