FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


DBP Realisasikan Penerbitan Buku Bercorak Kepimpinan


Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

 


 February 27th, 2024  |  08:06 AM  |   107 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sentiasa terus komited mendayaupayakan pelbagai inisiatif yang menggarisbawahi bukan sahaja dari aspek meningkatkan ilmu pengetahuan malah juga dari aspek meningkatkan kemahiran dan potensi masyarakat dalam pelbagai bidang antaranya menerusi pelaksanaan bengkel, kursus, seminar, peraduan serta penulisan buku, majalah dan jurnal.

 

Kepelbagaian platform yang disediakan oleh DBP adalah bagi memastikan masyarakat mempunyai peluang untuk mengembangkan potensi mereka dalam pelbagai bidang kemahiran demi menjadi tenaga kerja yang berwibawa.

 

Pemangku Pengarah DBP, Hajah Dayang Haireni binti Haji Awang Damit dalam ucapan alu-aluannya pada Majlis Pelancaran Buku Kepimpinan : Budi Pekerti, Tuturan Hati bertempat di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), hari ini.

 

“Alhamdulillah, satu lagi pencapaian yang mampu diraih oleh jabatan ini apabila berjaya merealisasikan penerbitan buku bercorak kepimpinan yang menyuguhkan ilmu pengetahuan dan panduan dalam bidang kepimpinan. Buku Kepimpinan : Budi Pekerti, Tuturan Hati yang akan dilancarkan pada hari ini merupakan sebuah karya daripada Tengku Sri Indra, seorang Pakar Konsultan Bertauliah dari Singapura yang juga telah banyak berjasa dalam memberikan program latihan kepimpinan kepada para pegawai organisasi di negara ini," ucapnya yang juga selaku Pengerusi Majlis.

 

Hajah Dayang Haireni seterusnya menjelaskan, tercetusnya pemikiran untuk mewujudkan buku bercorak kepimpinan ini adalah bertitik tolak daripada pemikiran dan perbincangan Tengku Sri Indra bersama seorang peserta kursus Al-Zaim pada tahun 2022, yang telah mengongsikan buku puisi beliau, dari sini maka tercetuslah idea fikir Tengku untuk menerbitkan sebuah buku tentang kepimpinan dan budi pekerti.

 

“Alhamdulillah, keberhasilan penerbitan buku ini juga tidak lepas daripada kerjasama beberapa orang pegawai kanan dan pegawai DBP, Negara Brunei Darussalam yang turut komited menyiapkan buku ini," katanya lagi.

 

Istimewanya, tambahnya, buku ini bukan sahaja memberikan bimbingan mengenai asas kepimpinan, malah juga menekankan budi pekerti dalam setiap perkara yang dilaksanakan terutamanya dalam memimpin sebuah organisasi.

 

Ini bermakna, pembangunan negara tidaklah hanya melibatkan perkembangan kepakaran dan kemahiran pemimpin namun, mestilah seiring dengan pembangunan moral dan nilai budi pekerti tinggi. Kehalusan dan kekayaan budi pekerti yang dimiliki sememangnya cerminan peradaban bangsa Melayu kerana budi pekerti cukup berperanan penting dalam memelihara tamadun bangsa.

 

Semoga buku ini memberikan jutaan manfaat kepada para pemimpin di negara ini yang akan mampu membimbing dalam menggalas tanggungjawab kepimpinan berpaksikan kepada budi pekerti yang luhur.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis pada pelancaran Buku Kepimpinan : Budi Pekerti, Tuturan Hati dan seterusnya menyaksikan penandatanganan Perjanjian Lesen Untuk Menerbitkan Karya ialah Setiausaha Tetap (Kebudayaan) KKBS, Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan.

 

Majlis diselajurkan dengan penandatanganan Perjanjian Lesen Untuk Menerbitkan Karya antara DPB selaku penerbit dengan Tengku Sri Indra bin Tengku Ismail selaku penulis. Seterusnya, majlis juga diisikan dengan Bicara Inspirasi Kepimpinan : Budi Pekerti, Tuturan Hati yang disampaikan oleh Tengku Sri Indra bin Tengku Ismail selaku penulis.

 

Buku Kepimpinan : Budi Pekerti, Tuturan Hati merupakan hasil karya Tengku Sri Indra bin Tengku Ismail, pakar konsultan yang diiktiraf dari Singapura dalam bidang kepimpinan, yang pernah mengendalikan Program Pembangunan Kapasiti Kepimpinan di beberapa agensi kerajaan dan swasta di Negara Brunei Darussalam.

 

Selain itu, buku ini juga berdasarkan kepada pengalaman penulis dalam menanai tanggungjawab sebagai seorang pemimpin yang mengamalkan beberapa ciri unik dalam kepimpinan dengan mengedepankan budi pekerti sebagai keunggulan untuk memajukan dan meningkatkan tahap kepimpinan. Buku Kepimpinan : Budi Pekerti, Tuturan Hati dijual dengan harga BND7 dan diberi potongan harga 10 peratus, iaitu BND6.30 semasa Majlis Pelancaran Buku tersebut.

 

Penerbitan buku tersebut adalah dalam usaha untuk mendidik dan membarigakan nilai-nilai kewibawaan yang berteraskan budi pekerti serta memantapkan jati diri dalam kalangan pemimpin organisasi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47