FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Khatam Al-Quran 40 Kali Turut Diadakan Di Daerah Tutong


Hernie Suliana Haji Othman

 


 February 27th, 2024  |  08:45 AM  |   109 views

TUTONG

 

Seramai lebih 1,650 peserta terlibat dalam Majlis Khatam Al-Quran 40 Kali sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40, Tahun 2024 yang diadakan serentak di seluruh negara hari ini.

 

Majlis anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) tersebut disertai oleh mahasiswa dan mahasiswi institusi pengajian tinggi, penuntut-penuntut Institusi Pendidikan Teknik Brunei (IBTE), penuntut-penuntut sekolah menengah, sekolah ugama, ahli-ahli persatuan belia dan sukan serta pergerakan-pergerakan belia, Pelatih Pusat Pembangunan Belia, sukarelawan-sukarelawan, belia-belia masjid serta qari dan qariah.

 

Bagi Daerah Tutong, majlis tersebut diadakan di Masjid Rancangan Perumahan Negara (RPN) Bukit Beruang, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dipimpin oleh Imam Masjid RPN Bukit Beruang, Awang Muhammad Aisamuddin bin Haji Selaman.

 

Atur cara majlis diteruskan dengan bacaan Khatam Al-Quran mulai dari Surah Ad-Dhuha hingga Surah Al-Masad, bacaan Takhtim Al-Quran dan Doa Khatam, masing-masing diketuai oleh Awang Muhd. Farid Hamizan bin Mohd. Nor Hasrin; Awang Muhd. Syazwan bin Samri dan Awangku Abdul Hafiz Darwisy bin Pengiran Saharuddin dari Ma'had Islam Brunei.

 

Majlis juga diserikan dengan Dikir Marhaban diketuai oleh Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid, Masjid RPN Bukit Beruang dan diakhiri dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Selamatkan Negara Brunei Darussalam oleh Imam masjid berkenaan.

 

Antara lain tujuan majlis seumpamanya diadakan adalah untuk menyemarakkan lagi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40, Tahun 2024 dengan pengisian-pengisian yang bermanfaat terutama dengan pembacaan Al-Quran selaras dengan hasrat negara untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir.

 

Secara tidak langsung ia juga dihasratkan akan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan persefahaman serta kerjasama di antara agensi-agensi yang terlibat dalam pembangunan dan tarbiah belia dan masyarakat, khususnya sebagai usaha ke arah menggalakkan penglibatan belia dan masyarakat dalam aktiviti keagamaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hernie Suliana Haji Othman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41