FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Doa Kesyukuran, Membaca Surah Yaa Siin Sempena Semarak HK


Alishahrin Haji Mumin

 


 February 27th, 2024  |  08:49 AM  |   123 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan jabatan-jabatan di dalamnya mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Membaca Surah Yaa Siin sempena Semarak Ulang Tahun Hari Kebangsaan (HK) Negara Brunei Darussalam (NBD) Ke-40, Tahun 2024 petang tadi, bertempat di Surau, Tingkat 3, Island Block, bangunan kementerian berkenaan.

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah.

 

Turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid; Pemangku Setiausaha-setiausaha Tetap; Pengarah Urusan Brunei Darussalam Central Bank; Timbalan Setiausaha Tetap; ketua-ketua jabatan dan bahagian; para pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan jabatan-jabatan di dalamnya.

 

Majlis didahului dengan Solat Sunat Hajat, diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin dan Doa Kesyukuran sebelum diakhiri dengan Solat Fardu Asar Berjemaah yang diimamkan oleh Imam Tingkat I, Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong, Awang Haji Mohd. Amaluddin bin Haji Jamaluddin.

 

Semarak HK dilaksanakan sebagai salah satu acara sampingan bagi memeriahkan Sambutan Ulang Tahun HK NBD Ke-40.

 

Di samping itu, majlis berkenaan juga bertujuan bagi memohon ke hadrat Ilahi agar NBD, raja, rakyat dan penduduk serta segala isi di dalamnya dan seluruh teluk rantau dan jajahannya akan terus dikurniakan keberkatan dan sentiasa terpelihara dan diberkati oleh Allah Subhanahu Wata'ala di bawah kepimpinan adil laila bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam turun-temurun di atas takhta singgahsana.

 

Majlis pada tahun ini dikelolakan oleh Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik,Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41