FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Khatam Al-Quran Sempena HK Ke-40


Alishahrin Haji Mumin

 


 February 27th, 2024  |  08:54 AM  |   162 views

BELAIT

 

Majlis Khatam Al-Quran 40 Kali sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40, Tahun 2024 diadakan serentak di keempat-empat daerah, hari ini. Bagi Daerah Belait, majlis seumpamanya diadakan di Masjid Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Pandan, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Imam Masjid RPN Kampung Pandan, Awang Abdul Qayyum bin Haji Aminnuddin diikuti dengan bacaan Khatam Al-Quran mulai dari Surah Ad-Dhuha hingga Surah Al-Masad yang diketuai oleh Tenaga Pengajar, Pejabat Unit Da'wah Daerah Belait, Awangku Abd. Qayum bin Pengiran Bakar.

 

Seterusnya bacaan Takhtim Al-Quran diketuai oleh guru-guru dari Jabatan Pengajian Islam dan diselajurkan dengan bacaan Doa Khatam oleh Awang Muhammad Irfan bin Haji Abdul, belia dari daerah ini.

 

Majlis kemudian diteruskan dengan Dikir Marhaban daripada Ahli Takmir Masjid RPN Kampung Pandan dan diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dipimpin oleh Imam Masjid RPN Kampung Pandan.

 

Majlis tersebut melibatkan peserta yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi institusi pengajian tinggi, penuntut-penuntut Institusi Pendidikan Teknik Brunei (IBTE), penuntut-penuntut sekolah menengah, sekolah ugama, ahli-ahli persatuan belia dan sukan serta pergerakan-pergerakan belia, Pelatih Pusat Pembangunan Belia, sukarelawan-sukarelawan, belia-belia masjid serta qari dan qariah.

 

Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk menyemarakkan lagi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40, dengan pengisian-pengisian yang bermanfaat terutama dengan pembacaan Al-Quran selaras dengan hasrat negara untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir.

 

Selain itu, ia secara tidak langsung akan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi persefahaman serta kerjasama di antara agensi-agensi yang terlibat dalam pembangunan dan tarbiah belia serta masyarakat ke arah menggalakkan penglibatan belia dan masyarakat dalam aktiviti keagamaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pg. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41