FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


YSHHB Hulur Sumbangan Lebih BND80,000


Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

 


 February 27th, 2024  |  08:58 AM  |   156 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) menyampaikan sumbangan berjumlah BND86,300 kepada keluarga-keluarga yang ditimpa musibah kebakaran dan rumah roboh; serta sumbangan kepada masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat di seluruh negara pada Majlis Penyampaian Sumbangan yang diadakan di Dewan An-Naura, Tingkat 2, Kompleks YSHHB, di sini.

 

Sumbangan berjumlah BND78,500 keseluruhannya disampaikan kepada 73 buah masjid, surau dan balai ibadah di seluruh negara untuk mengadakan majlis dan aktiviti takmir khususnya bagi sepanjang bulan Ramadan 1445 Hijrah yang akan datang.

 

Dalam usaha menyokong peranan masjid untuk meningkatkan dan mengembangkan syiar Islam, YSHHB memberikan bantuan dan sumbangan kepada sebahagian masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara bagi mengadakan majlis dan aktiviti takmir masjid, surau dan balai ibadat.

 

Penyampaian sumbangan kewangan YSHHB bagi masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat di Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Tutong, disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB.

 

Bagi Daerah Belait dan Daerah Temburong pula, sumbangan kewangan YSHHB disampaikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB.

 

Sumbangan berkenaan diserahkan kepada imam-imam dan para pegawai masjid berkenaan.

 

Sementara itu, enam buah keluarga yang ditimpa musibah kebakaran rumah dan rumah roboh di beberapa buah kampung di seluruh negara menerima sumbangan berjumlah BND7,800 keseluruhannya.

 

Penyampaian sumbangan kewangan YSHHB berkenaan disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Mohamad, selaku Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi Jawatankuasa Meneliti Bantuan-bantuan YSHHB.

 

Para penerima yang mengalami musibah rumah roboh terdiri daripada Awang Ainul Iqmal bin Murni, dan Awang Mohd. Firdaus bin Murni dari Kampung Simbatang.

 

Manakala, para penerima yang mengalami musibah kebakaran pula ialah Awang Shahliyas bin Haji Sulaiman dari Kampung Bolkiah 'A'; Pengiran Hamdani bin Pengiran Duraman, Dayang Hajah Noraini binti Haji Bini, dan Dayang Siti Nuratikah binti Jalil dari Kampung Serusop.

 

Selaras dengan dasar penubuhannya, YSHHB terus melaksanakan aktiviti kebajikan khususnya membantu mereka yang sangat memerlukannya.

 

Sumbangan berkenaan merupakan bantuan segera yang dihasratkan bagi meringankan beban keluarga mangsa yang terlibat dalam meneruskan kehidupan harian mereka.

 

Penubuhan YSHHB ialah sebagai wadah amal jariah atau derma khairat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan ahli kerabat baginda, iaitu sebagai tanda pemedulian dan kasih baginda kepada rakyat baginda di samping menjadi pembentukan masyarakat di Negara Brunei Darussalam yang sejahtera dan makmur.

 

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Penolong Pengarah Urusan Agensi Pelaburan Brunei, Awang Ahmad Jefri bin Abdul Rahman, selaku Pemangku Pengarah Urusan YSHHB.

 

Turut hadir, para pegawai kanan kerajaan yang berkenaan serta para pegawai YSHHB.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Haniza Abdul Latif

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41