FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Santuni Masyarakat Melalui Projek Jalinan Kasih


Radio Televisyen Brunei

 


 February 28th, 2024  |  08:05 AM  |   88 views

SUNGAI AKAR

 

Radio Televisyen Brunei (RTB) melalui Bahagian Rancangan Radio pada tahun ini meneruskan lagi pelaksanaan Projek Jalinan Kasih buat Kali Ke-16 dan Majlis Doa Selamat serta Penyerahan Sijil Jalinan Kasih Ke-16, Tahun 2024 yang mengambil tempat di Bilik VIP, Kompleks Penyiaran RTB Sungai Akar.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan kepada para penyumbang ialah Pemangku Pengarah Radio Televisyen Brunei, Awang Cheong Chee Keong.

 

Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan dan kakitangan RTB serta para penyumbang Projek Jalinan Kasih Ke-16.

 

Pada tahun ini, sebanyak 13 buah syarikat tempatan ikut serta memberikan sumbangan kepada para penerima.

 

Syarikat-syarikat tersebut ialah Hamitan Group, TGT Sdn. Bhd., BMC Food Industries Sdn. Bhd., Bahagia Distributors Sdn. Bhd., Pearl Café, Radisson Hotel, McDonald's @ Makan Ceria, SKH, YMRM, Madison & Al-Hayaah Brunei, BIBD, Darul Trustee Remittance & Services dan Restoran Tanda Kasih.

 

Projek Jalinan Kasih Ke-16 merupakan tanggungjawab sosial RTB dalam sama-sama mendukung hasrat kerajaan bagi mewujudkan kehidupan bermasyarakat yang penyayang dan prihatin kepada golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan.

 

Seperti lazimnya, projek disasarkan kepada beberapa golongan yang berhak menerima bantuan antara lain seperti warga emas, anak-anak yatim, golongan mualaf, ibu tunggal.

 

RTB akan menyerahkan sumbangan kepada 20 buah keluarga iaitu lima buah keluarga dari setiap daerah.

 

Pelaksanaan projek adalah bertepatan dengan slogan RTB iaitu 'Sentiasa Bersama Biskita' yang bukan hanya terbatas melalui radio dan televisyen, tetapi juga menyantuni secara sua muka dengan masyarakat di keempat-empat daerah.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Radio Televisyen Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41