FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majlis Resepsi Sempena Ulang Tahun Maharaja Jepun Ke-64


Mohd. Sahrizal Haji Said

 


 February 28th, 2024  |  08:12 AM  |   120 views

GADONG

 

Kedutaan Besar Jepun di Negara Brunei Darussalam (NBD), malam tadi mengadakan Majlis Resepsi sempena Ulang Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maharaja Naruhito, Maharaja Jepun Ke-64 yang berlangsung di The Rizqun International Hotel, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Resepsi tersebut ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh.

 

Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke NBD, Tuan Yang Terutama Maeda Toru dalam ucapannya antara lain menyentuh mengenai Ulang Tahun Hubungan Diplomatik Ke-40 antara Jepun dan NBD yang merupakan peristiwa penting bagi kedua-dua buah negara.

 

Tuan Yang Terutama Maeda Toru juga menjelaskan, 40 tahun yang lalu telah menyaksikan pelbagai pertukaran antara rakyat dengan rakyat dalam bidang perniagaan, pelancongan, budaya, penyelidikan dan pendidikan.

 

“Pelbagai program pertukaran seperti SSEAYP, JENESYS dan Nihongo Partners telah banyak menyumbang kepada pertukaran yang meluas ini. Bagi mempercepatkan lagi pertukaran antara rakyat dengan rakyat ini, kedua-dua kerajaan kini sedang memuktamadkan pengaturan untuk melanjutkan tempoh bebas visa bagi pemegang pasport biasa kedua-dua negara daripada 14 hari kepada 30 hari," tambah TYT Maeda Toru.

 

Juga hadir pada majlis itu, para pegawai kanan kerajaan, ahli perniagaan, pihak media, Ahli-ahli Diplomatic Corps dan penduduk Jepun di negara ini. Majlis turut dimeriahkan dengan pameran yang disediakan oleh Syarikat Jepun yang beroperasi di NBD untuk berkongsi pencapaian dan aktiviti semasa kepada tetamu yang hadir.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pg. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41