FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Hayati Peristiwa Israk, Mikraj


Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi

 


 February 28th, 2024  |  08:16 AM  |   130 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Majlis Sambutan Israk dan Mikraj bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Jabatan-jabatan di dalamnya bagi Tahun 1445H/2024M kelolaan Jabatan Penjara diadakan petang tadi bertempat di Dewan Serbaguna Tingkat 6, Bangunan KHEDN, di ibu negara.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

 

Majlis Sambutan Israk dan Mikraj terdahulu dimulai dengan persembahan bacaan Al-Quran oleh Wadar 659 Awang Emirul bin Haji Kamis.

 

Pengisian majlis pula disemarakkan lagi dengan Ceramah Khas bertemakan 'Ibrah Peristiwa Israk dan Mikraj: Jaga Solat' yang disampaikan oleh penceramah undangan, Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Da'wah Islamiah, Awang Najib bin Haji Awang.

 

Dalam ceramahnya beliau menyentuh mengenai peristiwa Israk dan Mikraj yang merupakan mukjizat dan anugerah agung yang dihadiahkan kepada Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, apabila menerima perintah kewajipan sembahyang lima waktu, dan pentingnya untuk menjaga solat agar Allah Subhanahu Wata'ala akan menjaga kita di dalam kehidupan duniawi dan ukhrawi.

 

Bagi memberkati majlis Doa Selamat dibacakan oleh Ketua Guru Agama, Institusi Penjara Maraburong Fasa 1, Awang Azmi bin Haji Ahmad dan seterusnya menunaikan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah.

 

Hadir sama di majlis tersebut, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara di kalangan Penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung; Setiausaha-setiausaha Tetap; Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap di KHEDN; Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan, serta pegawai-pegawai dan kakitangan KHEDN.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Khartini Hamir

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41