FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Headline


  Home > Headline


Kembangkan Kepelbagaian Ekonomi, Tumpukan Industri Strategik


Mohamad Azmi Awang Damit, Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 February 28th, 2024  |  08:34 AM  |   261 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah supaya pihak-pihak berkenaan dalam kerajaan untuk terus memanfaatkan pengalaman dan pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, khasnya menerusi penglibatan dalam mana-mana keahlian jawatankuasa ataupun 'taskforce' yang diamanahkan.

 

Dalam titah baginda, Ahli-ahli Yang Berhormat yang dilantik juga disarankan untuk membuat inisiatif-inisiatif masing-masing ke arah membantu kerajaan baginda dalam menjana peluang-peluang pekerjaan, mempertingkatkan sektor-sektor perekonomian dan pembangunan kapasiti sumber tenaga manusia, termasuk di kalangan pengusaha-pengusaha tempatan dan golongan-golongan tertentu yang lain.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah demikian semasa berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat negara (MMN) yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, pagi tadi.

 

Dalam titah tersebut, baginda difahamkan bahawa menerusi Laporan ASEAN Plus Three Macroeconomic Research Office (AMRO), telah diramalkan bahawa ekonomi negara akan mengukuh kepada 2.4 peratus pada tahun 2024, yang diterajui oleh sektor Bukan Minyak dan Gas, melalui aktiviti perekonomian dalam sub-sektor pertanian, makanan, kewangan, pengangkutan dan pelancongan, serta perluasan aktiviti dalam sektor penapisan minyak dan gas hiliran.

 

Baginda juga telah difahamkan bahawa beberapa usaha mempelbagaikan ekonomi telah pun dilaksanakan, namun masih saja belum mencukupi untuk mengimbangi kedudukan defisit fiskal kerajaan.

 

Tetapi apapun keadaan tegas baginda, pada hakikatnya kita tidak dapat lagi terlalu bergantung kepada semata-mata sektor Minyak dan Gas, kerana terdapat beberapa faktor di luar kawalan kita seperti penurunan pengeluaran minyak dan gas dan harga pasaran global minyak dan gas yang tidak menentu.

 

Kebawah DYMM seterusnya bertitah menekankan bahawa usaha-usaha perlulah diteruskan dan dipertingkatkan lagi ke arah mempelbagaikan ekonomi serta memberikan tumpuan kepada industri-industri strategik, di mana negara mempunyai potensi dan kekuatan untuk lebih berjaya.

 

Pada masa yang sama titah baginda, isu-isu semasa seperti isu alam sekitar, perubahan iklim dan sebagainya juga perlu diberikan perhatian.

 

Namun apapun berlaku, Kebawah DYMM menegaskan hala tuju pengeluaran minyak dan gas mesti diaktifkan dan industri hiliran minyak dan gas dikembangkan serta bekalan tenaga elektrik dan bahan api terus diutamakan.

 

“Dari segi perbelanjaan kerajaan pula, ianya dilihat semakin meningkat tahun demi tahun.

 

“Namun demikian, alhamdulillah, Kerajaan beta masih mampu untuk menyediakan sejumlah belanjawan bagi keperluan pembangunan.

 

“Apa yang penting di sini ialah, setiap agensi Kerajaan beta hendaklah menggunakan peruntukan yang disediakan dengan lebih berhemah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi penduduk dan rakyat negara ini," titah baginda.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47