FacebookInstagramTwitterContact

 

Cabbage: A Cancer-Fighting Nutritional Powerhouse You Should Eat More Of           >>           Staying Hydrated: Why ELECTROLYTES Matter In Summer And How To Get Them           >>           'My Neighbours Had Wild Reaction When I Parked In Public Spot – It's Exhausting'           >>           Why Hailey Bieber's New Rhode Lipgloss Belly Chain Has The Internet Divided           >>           Rihanna And A$AP Rocky's Son RZA Studying French At Age 3           >>           Meta Is Reportedly Training Its AI Chatbots To Send Unprompted Messages           >>           Here Are The Letters That Let Apple And Google Ignore The Tiktok Ban           >>           Spain Ease Past Portugal To Start Women's Euros Campaign           >>           Arianna Caruso Goal Gives Italy Win Over Belgium At Euros           >>           Claire Hutton Scores First USWNT Goal In Win Over Canada           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Terus Giat Mempelbagaikan Ekonomi Negara


Hernie Suliana Haji Othman, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

 


 March 1st, 2024  |  06:48 AM  |   423 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kadar pertumbuhan KDNK negara mencatatkan peningkatan sebanyak 1.4 peratus disebabkan oleh pertumbuhan yang berterusan daripada Sektor Bukan Minyak dan Gas yang meningkat pada kadar 4.5 peratus.

 

Peningkatan bagi sektor ini adalah antaranya disebabkan oleh peningkatan subsektor-subsektor seperti pengangkutan udara, kewangan dan pembinaan. Walau bagaimanapun, Sektor Minyak dan Gas mencatatkan penurunan sebanyak 2.0 peratus.

 

Perkara tersebut dikongsikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah semasa membentangkan Kertas Cadangan Undang-Undang Perbekalan 2024 / 2025 pada hari ketiga Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 2024 bertempat di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, pagi tadi.

 

Menurut Yang Berhormat, bagi tahun 2024 Kementerian Kewangan dan Ekonomi mengunjurkan kadar pertumbuhan KDNK negara di antara 3.3 peratus hingga 4.0 peratus. Unjuran tersebut adalah mengambil kira peningkatan Sektor Minyak dan Gas khususnya peningkatan pada pengeluaran minyak mentah dan gas asli. Sektor Bukan Minyak dan Gas juga menunjukkan peningkatan yang antara lain disumbangkan oleh subsektor-subsektor seperti Pembuatan Produk Petroleum dan Kimia, Ternakan, Perikanan dan Pengangkutan Udara.

 

Yang Berhormat seterusnya mengongsikan, pihak IMF, ASEAN Plus 3 Macroeconomic Research Office atau AMRO dan Asian Development Bank atau ADB telah mengunjurkan pertumbuhan ekonomi yang positif bagi Negara Brunei Darussalam pada tahun 2024 iaitu masing-masing pada kadar 3.5 peratus; 2.4 peratus dan 2.5 peratus.

 

Unjuran tersebut adalah mengambil kira peningkatan usaha-usaha mempelbagaikan ekonomi, khususnya pengeluaran produk Sektor Hiliran Minyak dan Gas serta aktiviti-aktiviti berkaitan dari Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd., Syarikat Methanol Brunei atau BMC dan Syarikat Brunei Fertilizer Industries Sdn. Bhd. atau BFI.

 

Namun di sebalik unjuran positif ini terang Yang Berhormat, negara dijangka turut terkesan daripada impak ketidakpastian dan beberapa risiko yang berkemungkinan akan menjejaskan momentum pertumbuhan ekonomi negara.

 

“Kadar inflasi global bagi tahun 2023 telah meningkat secara signifikan iaitu pada kadar 6.9 peratus, yang mana kesan daripada peningkatan ini turut dirasai di negara ini memandangkan kira-kira 70 peratus daripada bekalan dan barangan negara adalah diimport.

 

“Walau bagaimanapun, Alhamdulillah, melalui usaha bersama pelbagai agensi kerajaan, inflasi negara bagi tahun 2023 hanya meningkat pada kadar yang rendah iaitu 0.4 peratus, di sebalik peningkatan harga Makanan sebanyak 2.7 peratus," kata Yang Berhormat.

 

Oleh itu, ujar Yang Berhormat, negara akan terus berusaha bagi menghasilkan beberapa produk bagi menggalakkan penggantian import ataupun import 'substitution' dan seterusnya bagi memperbanyakkan pilihan barangan. Ini adalah termasuk inisiatif Syarikat Ghanim International Corporation Sdn. Bhd. dengan kerjasama Syarikat Western Foods dan Packaging Sdn. Bhd. yang telah pun melancarkan minyak masak sayuran tempatan yang pertama di bawah jenama 'BruneiHalalFoods'.

 

Yang Berhormat seterusnya menambah, dalam hubungan ini, kita perlulah meneruskan usaha-usaha untuk mempelbagaikan lagi ekonomi negara untuk mencapai matlamat-matlamat di bawah Wawasan Brunei 2035 khususnya Matlamat Ketiga iaitu Ekonomi yang Dinamik dan Berdaya Tahan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Aimi Sani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

The Curious Case Of The British Jet Stuck In India

 2025-07-04 10:31:57

What Have Tariffs Really Done To The US Economy?

 2025-07-04 11:01:58