FacebookInstagramTwitterContact

 

How Curcumin Could Revolutionize BOWEL CANCER PREVENTION           >>           People Struggle To Understand What's Really Happening In 'Genius' Optical Illusion           >>           Tia Mowry And Tamera Mowry's Candid Confessions May Make You Do A Double Take           >>           Tia Mowry And Tamera Mowry's Candid Confessions May Make You Do A Double Take           >>           Bachelor Nation’s Peter Kraus Engaged To Girlfriend Hana Ostapchuk After One Year Of Dating           >>           Switzerland Beat Iceland To Keep Knockout Hopes Alive At Euros           >>           Euro 2025: Norway On Brink Of Quarterfinals After Finland Win           >>           Jhon Duran Joins Fenerbahce On Loan 6 Months After Al Nassr Transfer           >>           First Round Of Gaza Ceasefire Talks Ends Without Breakthrough           >>           Eurostar Train Evacuated During Nine-Hour Delay In Northern France           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sentiasa Proaktif, Bersatu Mengambil Langkah Persiapan Holistik


Hernie Suliana Haji Othman, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

 


 March 1st, 2024  |  06:52 AM  |   420 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dalam meneruskan perjalanan menuju Wawasan Brunei 2035 dan tahun-tahun ke hadapan, negara akan menghadapi lebih banyak cabaran seperti kemajuan pesat dan transformasi teknologi maklumat, peningkatan ancaman siber, ancaman perubahan iklim dan pencemaran alam, perubahan sosial dan demografi, ketidakstabilan geopolitik, evolusi dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran, cabaran kesihatan dan cabaran-cabaran lain yang di luar kawalan kita.

 

Tambahan pula, sebagai sebuah negara yang terbuka dan bersaiz kecil, kita tidak dapat terlepas daripada faktor luaran ini dan kesannya masih lagi dirasai di beberapa sektor sehingga kini.

 

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah semasa membentangkan Kertas Cadangan Undang-Undang Perbekalan 2024 / 2025 pada hari ketiga Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 2024.

 

“Di sebalik cabaran-cabaran tersebut, kita seharusnya mengambil peluang dan menjadikannya sebagai batu loncatan untuk transformasi, inovasi dan kemajuan antaranya melalui hubungan yang baik dengan rakan kongsi serantau dan antarabangsa bagi meningkatkan akses kepada pasaran baharu. Kaola yakin dengan sikap proaktif dan bersatu serta mengambil langkah-langkah persiapan yang holistik melalui kolaborasi erat di antara semua pihak melalui pendekatan Whole of Nation dengan penuh dedikasi dan komitmen, kita akan dapat membina sebuah negara yang akan dapat melindungi masa depan kita malah juga memberikan inspirasi dan menyuntik semangat kepada generasi yang akan datang.

 

“Alhamdulillah, ekonomi dunia telah beransur pulih pasca pandemik COVID-19 dan dalam keadaan lebih stabil berikutan penurunan kadar inflasi secara konsisten dan pertumbuhan ekonomi yang resilien khususnya pada enam bulan terakhir tahun 2023. Ini adalah disumbangkan oleh faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan dan pembekalan dalam ekonomi-ekonomi utama berikutan peningkatan perbelanjaan oleh entiti swasta dan kerajaan; peningkatan ketersediaan tenaga buruh; kecekapan rantaian bekalan serta pengurangan kos tenaga dan komoditi.

 

“Berikutan prospek pertumbuhan positif dan resilien ini yang dijangka akan berterusan ke tahun 2024, pihak International Monetary Fund (IMF) melalui laporan World Economic Outlook Update keluaran bulan Januari 2024, telah menyemak semula unjuran pertumbuhan global bagi tahun 2024 kepada 3.1 peratus berbanding unjuran awal 2.9 peratus. Manakala unjuran bagi tahun 2025 masih dikekalkan iaitu berkembang pada kadar 3.2 peratus," jelas Yang Berhormat.

 

Walau bagaimanapun, terang Yang Berhormat, kadar pertumbuhan diunjurkan ini adalah sederhana dan masih di bawah purata pertumbuhan bagi tempoh di antara tahun 2000 ke 2019 iaitu sebanyak 3.8 peratus dan jua berkemungkinan berdepan dengan cabaran-cabaran dan ketidakstabilan disebabkan oleh kesan daripada pergolakan geopolitik yang berpanjangan, tekanan inflasi global, risiko ketidakstabilan kewangan global dan peningkatan kesan buruk perubahan iklim.

 

Berikutan dengan unjuran pertumbuhan ekonomi global ini kata Yang Berhormat lagi, pihak IMF telah meramalkan jumlah perdagangan global (global trade volume) berkembang pada kadar 3.3 peratus bagi tahun 2024 dan 3.6 peratus bagi tahun 2025. Unjuran ini masih di bawah purata sebanyak 4.9 peratus. Prospek pertumbuhan akan terus cenderung ke arah pertumbuhan yang perlahan disebabkan peningkatan halangan perdagangan ataupun 'trade barrier' dan perpecahan geoekonomi ataupun 'geoeconomic fragmentation'.

 

Dalam pada itu, Yang Berhormat turut mengongsikan bahawa pihak Energy Information Administration atau EIA melalui laporan bulan Februari 2024 telah melaporkan bahawa harga minyak Brent secara purata telah meningkat kepada kadar USD80 setong pada Januari 2024.

 

Ini tambah Yang Berhormat adalah antaranya disebabkan oleh ketidaktentuan yang meningkat terhadap bekalan dan penghantaran minyak dunia berikutan konflik di Timur Tengah dan Laut Merah. EIA seterusnya meramalkan bahawa harga minyak dunia akan meningkat kepada sekitar USD80 ke USD85 setong sebelum ia menurun kepada USD78 setong pada tahun 2025 disebabkan oleh ramalan peningkatan inventori minyak global.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Aimi Sani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

How Trump's Tariff Chaos Could Reshape Asia's Businesses

 2025-07-07 10:22:30

Crying At Work: A Sign Of Strength, Weakness Or Just Being Human?

 2025-07-06 01:39:58