FacebookInstagramTwitterContact

 

Cabbage: A Cancer-Fighting Nutritional Powerhouse You Should Eat More Of           >>           Staying Hydrated: Why ELECTROLYTES Matter In Summer And How To Get Them           >>           'My Neighbours Had Wild Reaction When I Parked In Public Spot – It's Exhausting'           >>           Why Hailey Bieber's New Rhode Lipgloss Belly Chain Has The Internet Divided           >>           Rihanna And A$AP Rocky's Son RZA Studying French At Age 3           >>           Meta Is Reportedly Training Its AI Chatbots To Send Unprompted Messages           >>           Here Are The Letters That Let Apple And Google Ignore The Tiktok Ban           >>           Spain Ease Past Portugal To Start Women's Euros Campaign           >>           Arianna Caruso Goal Gives Italy Win Over Belgium At Euros           >>           Claire Hutton Scores First USWNT Goal In Win Over Canada           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Memperluaskan Pembangunan, Kesalinghubungan Pelabur Asing


Hernie Suliana Haji Othman, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

 


 March 1st, 2024  |  07:28 AM  |   485 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dalam mendukung pembangunan industri dan membina kesalinghubungan dengan negara-negara luar, kerajaan bersama pelabur-pelabur asing akan terus membuat pelaburan untuk menyediakan serta menaik taraf infrastruktur dan ekosistem perniagaan dan pelaburan dalam Sektor Pengangkutan dan Logistik seperti pelabuhan, perkapalan, pengendalian kargo dan kompleks pendaratan ikan.

 

Dalam hal ini, satu syarikat usaha sama di antara Darussalam Assets dan Guangxi Beibu Gulf International Port Group Ltd iaitu Syarikat Muara Port Company Sdn. Bhd. ataupun MPC telah memulakan beberapa inisiatif bagi menampung peningkatan dalam kegiatan ekonomi di Negara Brunei Darussalam (NBD).

 

“Alhamdulillah, pada bulan April 2023, MPC telah merasmikan pelayaran pertama perkapalan kontena yang baharu secara pelayaran langsung dari Pelabuhan Muara ke Pelabuhan Qinzhou, Republik Rakyat China. Aktiviti sedemikian berpotensi untuk meningkatkan lagi jumlah perdagangan serta membukakan pasaran baharu khususnya di antara Republik Rakyat China dan wilayah BIMP-EAGA. Seterusnya, untuk menampung keperluan kapasiti yang semakin meningkat, MPC juga akan melaksanakan Projek Pengembangan dan Pengubahsuaian Pelabuhan Muara (Muara Port Expansion and Renovation Project).

 

“InsyaaAllah, kerja-kerja pembinaan dijangka akan bermula pada suku ketiga tahun 2024 ini dan siap pada tahun 2027. Melalui projek ini, pihak MPC menjangkakan peningkatan 'volume throughput' melalui Pelabuhan Muara daripada sebanyak 220 ribu TEU pada masa ini kepada 500 ribu TEU setelah pembinaan selesai," ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah semasa menjelaskan Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024 / 2025 pada Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bersidang bagi hari ketiga, hari ini.

 

Dalam masa yang sama, ujar Yang Berhormat, satu projek pelaburan utama iaitu projek usaha sama di antara Dana Strategic Development Capital dengan sebuah syarikat tempatan dan beberapa syarikat antarabangsa, iaitu Integrated Marine Maintenance and Decommissioning Yard yang dikendalikan oleh Syarikat Anson International Sdn. Bhd. yang terletak di Pulau Muara Besar. Usaha sama ini telah diwujudkan untuk menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan 'decommissioning' bagi kapal-kapal yang berada di perairan negara ini termasuk 'decommissioning' pelantar dan telaga minyak mentah, 'fabrication' dan lain-lain.

 

Bagi projek 'decommissioning and restoration', Syarikat Brunei Shell Petroleum (BSP) akan bekerjasama dengan Syarikat Anson bagi 'decommissioning' aset-aset penghasilan minyak dan gas yang telah luput, secara berperingkat dalam tempoh 30 tahun yang akan datang. Aktiviti berkenaan dijangka akan dapat menghasilkan kira-kira 131 ribu tan besi keluli yang akan dapat dikitar semula dan diguna pakai dalam pelbagai industri seperti industri perkapalan dan perkhidmatan kejuruteraan. Pada masa ini, projek tersebut telah memasuki fasa pelaksanaan dan disasarkan untuk mula beroperasi pada pertengahan tahun 2025.

 

Di samping itu, tambah Yang Berhormat, sebagai usaha untuk mempelbagaikan ekonomi, beberapa syarikat pelaburan di dalam Sektor Hiliran Minyak dan Gas telah mengembangkan lagi perniagaan mereka di antaranya pada bulan Januari 2023, Syarikat Polygel telah mula menghasilkan bahan 'Metilox' dengan skala komersial dengan keupayaan penghasilan sebanyak 2,500 metrik tan setahun. Metilox merupakan salah satu bahan mentah yang diperlukan bagi menghasilkan 'anti-oxidant' bagi minyak motor, cecair hidraulik dan pelincir.

 

Pada bulan November 2023, Syarikat Brunei Methanol Company (BMC) telah melancarkan kemudahan akses kepada pembeli, yang membolehkan kimia berkenaan dibekalkan dan dijual langsung kepada pengguna-pengguna atau industri tempatan. Langkah berkenaan telah dapat mengurangkan kos logistik yang dihadapi oleh pengguna-pengguna metanol seperti Syarikat Polygel.

 

Loji Syarikat Brunei Fertilizer Industries ataupun BFI Sdn. Bhd. telah pun dilancarkan secara rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 25 Februari 2023. Hasil penjualan daripada syarikat tersebut bagi tempoh bulan Januari sehingga Disember 2023 telah mencapai lebih daripada 957 ribu metrik tan baja urea dengan nilai USD356, di mana 99 peratus daripadanya telah pun dieksport ke negara-negara di rantau Asia Tenggara, Amerika Syarikat (AS), Oceania dan sebagainya.

 

“Syarikat HLDS (B) Steel Sdn. Bhd. yang bertapak di Tapak Perindustrian Salambigar adalah merupakan pengeluar paip pelbagai jenis dan kegunaan, termasuk 'carbon welded steel pipes and torque tube' bagi kegunaan industri tempatan dan pasaran luar negara. Mulai suku kedua tahun ini, syarikat berkenaan akan memperluaskan teknologi dan keupayaan pemprosesan produknya melalui kaedah 'heat treatment, upset forging, threading' dan sebagainya, yang mana sebelum ini merupakan aktiviti yang hanya dikendalikan oleh rakan strategik HLDS di AS.

 

“Untuk memperkembangkan lagi Sektor Hiliran, terdapat tiga projek pelaburan yang sedang dalam perancangan, iaitu projek pelaburan untuk menubuhkan dua loji pemprosesan bagi pengeluaran asid asetik dan anilin ataupun AAA, yang akan dibina di Tapak Perindustrian Sungai Liang (SPARK) dan dijangka mula beroperasi pada tahun 2027.

 

“Kedua, projek yang dikendalikan oleh TotalEnergies untuk menubuhkan sebuah loji tenaga suria di SPARK, yang dihasratkan untuk membekalkan tenaga kepada loji pemprosesan TotalEnergies dan penghuni-penghuni SPARK, yang akan mula dibina pada tahun 2024 dan disasarkan beroperasi pada tahun 2025," ujar Yang Berhormat pada persidangan yang diadakan di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis.

 

Ketiga, ujar Yang Berhormat lagi, berikutan penandatanganan Perjanjian Pelaksanaan Projek Kemajuan Pulau Muara Besar (PMB) Fasa Kedua di antara pihak kerajaan dengan Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd., penilaian lanjut dan kajian pasaran masih dilaksanakan untuk memastikan lagi kebolehlaksanaan projek ini. Dengan pembangunan fasiliti-fasiliti baharu, syarikat ini akan meningkatkan kapasiti 'feedstock' untuk menghasilkan lebih banyak produk dan memberikan lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.

 

“Dalam usaha mempelbagaikan industri pemakanan serta mengukuhkan sekuriti makanan dan mengurangkan kebergantungan kepada import, Alhamdulillah, beberapa syarikat pelaburan yang sedia ada telah dan akan mengembangluaskan dan meningkatkan kapasiti pengeluaran masing-masing, antaranya projek kerjasama kajian dan penyelidikan di antara Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dengan Hunan Hybrid Rice Research Centre, Republik Rakyat China telah dilancarkan bagi mengkaji Kesesuaian Varieti Padi bagi Kawasan Ladang yang Tidak Mempunyai Sistem Pengairan. Projek tersebut bertujuan untuk memperkukuhkan lagi program pembiakan padi dan industri biji benih padi di negara ini.

 

“NBD melalui Syarikat Golden Chick Livestock Sdn. Bhd., telah berjaya mengeksport sekitar 5.1 juta biji telur ayam ke Republik Singapura pada tahun 2023. Dalam perkara ini, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan akan terus bekerjasama dengan pihak autoriti di luar negeri serta para pengusaha untuk membuat penyelarasan, perancangan dan persiapan yang bersesuaian bagi mengeksport ayam segar dan produk berasaskan daging dan produk pertanian dan perikanan, untuk dieksport ke Republik Singapura dan negara-negara lain.

 

“Syarikat LianFeng, dengan gabungan anak syarikatnya, Syarikat Blue Ocean Tech Sdn. Bhd. dan JETS Sdn. Bhd., sedang giat berusaha untuk meningkatkan lagi hasil pengeluaran udang biru Rostris. Antara kerja yang dijalankan adalah pembinaan kolam-kolam ternakan di beberapa kawasan seperti di Kampung Serasa, Meragang, Mentiri dan Sungai Paku. Syarikat tersebut juga dalam proses perundingan untuk menyediakan pelaburan sebanyak BND5.1 juta bagi menambah jumlah tapak-tapak yang boleh digunakan untuk meningkatkan operasi pengeluaran dan penetasan.

 

“Syarikat Gropoint Sdn. Bhd. dari Malaysia juga telah bercadang untuk menubuhkan sebuah pusat pemprosesan makanan laut beku di Serasa Fisheries Centre yang bertaraf antarabangsa. Projek ini akan melibatkan pelaburan sebanyak BND26.1 juta dan akan mempunyai kapasiti pengeluaran makanan beku sebanyak 3,500 ke 5,000 tan setahun. Pembinaan pusat tersebut dijangka akan bermula pada suku ketiga tahun 2024 ini dan akan memakan masa selama 2 tahun," ujar Yang Berhormat.

 

Syarikat Muara International Fish Landing Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat MPC, tambah Yang Berhormat juga telah berjaya menyiapkan kerja-kerja pemodenan dan pembangunan semula di Kompleks Pendaratan Ikan Muara, di mana antara lainnya adalah pembangunan kemudahan fasiliti Cold Storage yang telah pun siap dan memulakan operasinya pada bulan Disember 2023. Fasiliti ini akan dapat menyumbang kepada kemudahan dan keperluan rangkaian 'cold chain logistics' di negara ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Muhammad Zulkamal Awang Haji Kamis

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

The Curious Case Of The British Jet Stuck In India

 2025-07-04 10:31:57

What Have Tariffs Really Done To The US Economy?

 2025-07-04 11:01:58