FacebookInstagramTwitterContact

 

Plums: A Superfood For Digestive Health And Beyond           >>           The Miracle Of MORINGA: Unveiling The Power Of Nature’s Most Versatile Superfood           >>           'My Neighbours Had Wild Reaction When I Parked In Public Spot – It's Exhausting'           >>           Pregnant Tiktok Chef Tineke "Tini" Younger And Antoine Wright Jr. Reveal Sex Of Their Twin Babies           >>           Everything The Kardashian-Jenners Have Shared About Their Plastic Surgery           >>           Water Supply Disruptions           >>           Cleaning Works           >>           Strategic Plan for Prevention of Obesity           >>           Fairphone 6 Lands A Perfect 10 For Repairability           >>           Blood Donation Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kementerian Pertahanan Anjur Kempen Kebersihan


Hernie Suliana Haji Othman

 


 March 2nd, 2024  |  07:10 AM  |   494 views

TEMBURONG

 

Kempen Kebersihan anjuran Kementerian Pertahanan di Daerah Permata Hijau hari ini ke arah menyokong inisiatif Jawatankuasa Induk Isu-isu Kebersihan (JIIK) dalam memastikan Negara Brunei Darussalam bersih dan bebas daripada pencemaran.

 

Usaha pembersihan yang dijalankan tertumpu kepada 13 tempat ibadah, antaranya lapan buah masjid iaitu Masjid Utama Mohammad Salleh Pekan Bangar; Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Rataie, Masjid Pengiran Haji Abu Bakar Kampung Bokok, Masjid Kampung Selangan, Masjid Kampung Batu Apoi, Masjid Kampung Puni, Masjid Kampung Belais dan Masjid Kampung Labu Estate.

 

Selain itu, Kempen Kebersihan juga ditumpukan kepada dua buah surau iaitu Surau Kampung Piasau-Piasau dan Surau Al-Quwwah, Bangar Kem serta seterusnya, dua buah balai ibadat iaitu Balai Ibadat Kampung Semabat, Balai Ibadat Kampung Sibut ibadat dan juga termasuk Pos Da'wah Kampung Selapon. Kempen yang disertai lebih kurang 300 warga Kementerian Pertahanan itu telah mengumpulkan lebih daripada 2,751 kilogram sampah-sarap.

 

Menyertai kerja-kerja dalam Kempen Kebersihan tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof yang telah bermula di Masjid Utama Mohammad Salleh Pekan Bangar sebelum melanjutkan ke lokasi-lokasi lain.

 

Turut serta dalam kempen itu juga, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan; Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin serta seluruh peringkat kepimpinan dan warga Kementerian Pertahanan.

 

Kempen ini bermula dengan Halaqah Jumaat yang diadakan serentak di semua masjid, surau, balai ibadat dan pos dakwah. Acara ini diisikan dengan tazkirah bertajuk 'Kebersihan Adalah Tuntutan'. Ini disusuli dengan taklimat keselamatan dan sesi pemanasan badan sebelum memulakan Kempen Kebersihan.

 

Juga turut serta dalam Kempen Kebersihan tersebut adalah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir; Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Mohamad Yassin bin Haji Ahmed; Pegawai Masjid Daerah Temburong; wakil daripada Urus Setia JIIK, Kementerian Pembangunan serta penghulu dan ketua kampung; Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dan Penduduk Kampung setempat.

 

Antara aktiviti kempen termasuk membersihkan longkang, membersihkan lumut, menyapu daun-daun kering, membuang semakan pada pagar dan pemotongan rumput. Kempen ini pada dasarnya bertujuan untuk menunjukkan pengaruh positif dan menanamkan rasa tanggungjawab dalam kalangan masyarakat untuk menjaga kebersihan di kampung-kampung dan kawasan sekitarnya.

 

Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mempromosikan perpaduan dalam kalangan ahli masyarakat dalam menangani isu-isu alam sekitar. Selain itu, inisiatif yang memberi tumpuan kepada tempat-tempat ibadah ini bertujuan sebagai amal kebajikan sepanjang bulan Syaaban dan menyediakan persekitaran yang kondusif bagi jemaah menyambut ketibaan bulan Ramadan yang bakal menjelang sedikit masa lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Australian PM Vows 'Full Force Of Law' After Arson Attack At Synagogue

 2025-07-06 01:06:11

Crying At Work: A Sign Of Strength, Weakness Or Just Being Human?

 2025-07-06 01:39:58