FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Headline


  Home > Headline


Berangkat Ke Majlis Bersama Penuntut-Penuntut, Rakyat Dan Penduduk NBD Di Australia, New Zealand


Haji Ariffin Mohd Noor / Morshidi, Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

 


 March 8th, 2024  |  06:17 AM  |   67 views

MELBOURNE

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pagi ini berangkat menghadiri Majlis Bersama Penuntut-penuntut, Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam (NBD) yang berada di Australia dan New Zealand yang berlangsung di Hotel Park Hyatt Melbourne.

 

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh; Presiden Persatuan-Persatuan Pelajar NBD di Australia dan New Zealand (BSUANZ), Dayang Nur Azmina Hannani binti Muhammad Shahrul Nizzam; dan Presiden Yang Di-Pertua Persatuan Penuntut Brunei di Melbourne, Dayang Hasfarah Munerra binti Dr. Mursidi.

 

Baginda kemudian dijunjung berangkat ke Majlis Santap bersama perwakilan penuntut, serta menandatangani Lembaran Kenangan sebelum menghadiri Majlis Bersama Penuntut-penuntut, Rakyat dan Penduduk NBD.

 

Semasa majlis ini, Kebawah DYMM berkenan mengurniakan titah.

 

Terdahulu sebelum itu, majlis dimulakan dengan Lagu Kebangsaan NBD dan diikuti bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, iaitu ayat 28 hingga 31 daripada Surah Faathir yang disampaikan oleh Awang Muhammad Razqan bin Haji Abdul Razak dari University of New South Wales , manakala inti sarinya disampaikan oleh Awang Nabil Iman bin Haji Azmee dari Curtin University, Perth.

 

Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Sementara itu, Presiden BSUANZ, dalam sembah alu-aluannya menyifatkan keberangkatan Kebawah DYMM bercemar duli ke majlis ini mencerminkan pemedulian dan keprihatinan Baginda terhadap keberadaan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat NBD terutamanya kepada para pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Australia dan New Zealand.

 

Ini setentunya menjadi pembakar semangat para pelajar lebih-lebih lagi dalam suasana meraikan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-40.

 

Menurut Dayang Nur Azmina Hannani lagi, BSUANZ terus mengungkayahkan pelbagai aktiviti sebagai usaha untuk terus menghidupkan semangat kebruneian seperti Sambutan Hari Kebangsaan NBD Ke-40.

 

Di samping itu, acara-acara kebudayaan dan keagamaan akan terus dianjurkan lagi pada masa akan datang.

 

Pada ketika ini, seramai 180 penuntut yang mengikuti pengajian di Australia dan 31 penuntut pula di New Zealand, yang terdiri daripada penerima-penerima biasiswa Kerajaan Kebawah DYMM di bawah Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Kementerian Hal Ehwal Ugama; Sultan Scholars Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan (S.B.P.P.); Biasiswa Syarikat Brunei Shell Petroleum; Biasiswa BIBD Alaf serta pelajar persendirian.

 

Pada majlis ini juga, Presiden BSUANZ menyembahkan pesambah 'Brunei, Australia and New Zealand Friendship Art' ke hadapan majlis Kebawah DYMM iaitu sebuah lukisan Aboriginal Art hasil karya artistik komuniti orang asli Australia, yang menggambarkan perhubungan persahabatan yang erat di antara ketiga-tiga buah negara berkenaan melalui pendidikan berkualiti tinggi.

 

Pesambah ini juga diilhamkan dari Bunga Simpur dari Negara Brunei Darussalam, the Golden Wattle dari Australia dan bunga 'Kōwhai' dari New Zealand.

 

Kebawah DYMM seterusnya berangkat bercemar duli bersama lebih 600 penuntut, rakyat dan penduduk NBD yang berada di Australia dan New Zealand.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Muhammad Khairulanwar Ali Rahman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47