FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Headline


  Home > Headline


Rebut Peluang Timba Ilmu, Perkukuh Kedayatahanan Diri


Haji Ariffin Mohd Noor / Morshidi, Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

 


 March 8th, 2024  |  06:24 AM  |   79 views

MELBOURNE

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menekankan bahawa para pelajar di luar negara terdedah kepada pelbagai cabaran dan sesiapa yang mampu menghadapinya bererti mereka memiliki kedayatahanan diri.

 

Dalam hal ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menyeru agar peluang tersebut digunakan untuk membina diri, pemikiran dan nilai kepimpinan kerana para pelajar adalah pewaris kepimpinan negara, yang perlu dipenuhi dengan ilmu pengetahuan bagi menghadapi cabaran-cabaran yang dinamik di era globalisasi.

 

Pada Majlis Bersama Penuntut-penuntut, Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam yang berada di Australia dan New Zealand yang berlangsung di Hotel Park Hyatt Melbourne, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kemudiannya bertitah, sains dan teknologi sangat mempengaruhi kehidupan, di mana platform digital seperti media sosial menjadi penentu kepada sumber ilmu, inspirasi, idea, kolaborasi dan komunikasi. Penggabungan teknologi dan Artificial Intelligence (A.I.) menjadikan penyampai dan penyebar maklumat lebih terbuka, pantas dan mudah.

 

Oleh itu, baginda menegaskan supaya menggunakannya dengan bertanggungjawab agar tidak terjebak ke dalam isu keselamatan digital seperti 'academic malpractice', penyebaran maklumat palsu dan menjadi mangsa jenayah siber.

 

Menyentuh mengenai Sambutan Hari Kebangsaan Ke-40 tahun yang telah diadakan baru-baru ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menjelaskan sambutan tersebut menyedarkan kita bahawa kemerdekaan itu mestilah diisikan dengan sikap tanggungjawab, kerja keras, taat setia yang tidak berbelah bahagi serta mempertahankannya supaya kemerdekaan itu lebih bermakna.

 

Di samping itu, para pelajar hendaklah mengisikan kemerdekaan dengan belajar bersungguh-sungguh dan menyematkan semangat patriotik. Mereka juga perlu melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat sebagai tanda 'Pemuda Harapan Bangsa dan Pemudi Tiang Negara' di samping mencintai negara dalam apa jua keadaan.

 

Para pelajar juga diingatkan untuk tidak lupa akan budaya kebruneian dengan memupuk nilai-nilai kerohanian yang tinggi bersendikan kepada akidah Ahli Sunnah Waljamaah.

 

Pada mengakhiri titah, baginda berharap agar para pelajar untuk sentiasa menghormati undang-undang kerana warga Negara Brunei Darussalam adalah warga dunia yang menghormati undang-undang.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Muhammad Khairulanwar Ali Rahman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47