FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Headline


  Home > Headline


ASEAN, Australia Bina Hubungan, Persefahaman Yang Berkekalan


Haji Ariffin Mohd Noor / Morshidi, Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

 


 March 8th, 2024  |  06:56 AM  |   62 views

MELBOURNE

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia bersama Ketua-ketua Negara dan Kerajaan ASEAN, Australia dan Republik Demokratik Timor-Leste, hari ini.

 

Sidang Kemuncak Khas ini adalah bagi meraikan Ulang Tahun Ke-50 sejak Australia menjadi Rakan Dialog ASEAN Pertama pada Tahun 1974 dan bertujuan untuk meningkatkan kerjasama ASEAN-Australia di bawah Perkongsian Strategik Komprehensif.

 

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

 

Sesi Plenari Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia diadakan di Melbourne Convention Exhibition Centre, di mana Perdana Menteri Australia, The Honourable Anthony Albanese dan Perdana Menteri Republik Demokratik Rakyat Lao, Tuan Yang Terutama Sonexay Siphandone selaku Pengerusi ASEAN menyampaikan ucapan-ucapan pembukaan.

 

Pada sesi ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan bertitah menekankan bahawa ASEAN dan Australia telah memupuk persahabatan yang erat berdasarkan sikap saling mempercayai dan menghormati sejak 1974, sehingga membolehkan pengembangan bidang kerjasama dan menangani pelbagai cabaran bersama.

 

Perkongsian itu, titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran serantau yang membawa kepada penubuhan Perkongsian Strategik Komprehensif ASEAN - Australia pada 2021.

 

Menyentuh mengenai inisiatif rakyat ke rakyat termasuk New Colombo Plan, Australia Awards Scholarships dan 'Australia for ASEAN Initiatives', baginda menekankan bahawa program ini adalah asas kepada hubungan rapat ASEAN-Australia dan pelaburan penting bagi membina hubungan dan persefahaman yang berkekalan antara rakyat ASEAN dan Australia, yang akan memastikan perkongsian itu kekal kukuh pada tahun-tahun akan datang.

 

Ke arah ini, baginda merakamkan penghargaan atas biasiswa yang dihulurkan kepada Negara Brunei Darussalam serta pengumuman Australia mengenai biasiswa tambahan yang akan bermula pada tahun 2025.

 

Dari segi ekonomi, Kebawah DYMM menggariskan kepentingan kerjasama ekonomi kepada hubungan ASEAN - Australia, di mana ASEAN-Australia-New Zealand FTA terus menjadi FTA yang paling komprehensif, berkualiti tinggi dan moden di rantau ini, yang turut menjadi rujukan dalam perundingan RCEP bagi meluaskan lagi perdagangan dan pelaburan di rantau yang lebih luas.

 

Pada akhir titah, 'Strategi Ekonomi Asia Tenggara hingga 2040' Australia yang memerlukan peningkatan pelaburan dan membina kapasiti rantau ini, dengan 'ekonomi digital' sebagai keutamaan adalah amat dihargai.

 

Baginda menegaskan bahawa strategi ini adalah relevan terutama sekali apabila ekonomi digital ASEAN dijangka berkembang kepada 1 trilion dolar AS menjelang 2030 dan kini, ASEAN sedang berusaha membangunkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital.

 

Dalam pada itu, Kebawah DYMM juga mengadakan perbincangan yang membina dengan para pemimpin lainnya dalam memperkukuhkan lagi kerjasama ASEAN-Australia di bawah tiga tonggak Komuniti ASEAN.

 

Para pemimpin juga memberi pandangan dan tumpuan masing-masing kepada beberapa topik termasuk ASEAN Centrality, kestabilan dan kemakmuran rantau ASEAN dan Australia; pengemaskinian ASEAN-Australia-New Zealand Free Trade Agreement; Digital Economy Framework Agreement (DEFA); ekonomi digital; tenaga hijau, peralihan tenaga dan tenaga yang diperbaharui; perdagangan dan pelaburan; perhubungan maritim dan juga perubahan iklim.

 

Pada penghujung Sesi Plenari ini, The Melbourne Declaration : A Partnership for the Future dan the ASEAN-Australia Leaders' Vision Statement : Partners for Peace and Prosperity telah diluluskan.

 

Kebawah DYMM seterusnya berangkat bersama para pemimpin lainnya menghadiri Majlis Santap Tengah Hari yang dihoskan oleh Gabenor Victoria di State Drawing Room, Governor House Victoria, Puan Yang Terutama Profesor the Honourable Margaret Gardner AC.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Jabatan Perdana Menteri

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47