FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Headline


  Home > Headline


Kerjasama Maritim, Satu Bidang Keutamaan Dalam AOIP


Haji Ariffin Mohd Noor / Morshidi, Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

 


 March 8th, 2024  |  06:58 AM  |   115 views

MELBOURNE

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Sesi Retreat Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia yang berlangsung di Government House Victoria.

 

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

 

Pada sesi ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan bertitah melahirkan kebimbangan mengenai ketidaktentuan geopolitik global dan cabaran yang semakin meruncing dan berkembang, meskipun jauh berlaku tetapi ia turut menjejaskan rantau ini.

 

Gangguan rantaian bekalan yang berpanjangan telah mengakibatkan harga makanan dan tenaga yang lebih tinggi dan pewujudan pelbagai strategi Indo-Pasifik dan minilateral berkemungkinan menambah lagi ketidaktentuan dan cabaran yang telah dihadapi.

 

Dalam hal ini, titah baginda, ASEAN membangunkan ASEAN Outlook on the Indo-Pacific (AOIP) untuk menggalakkan persekitaran yang membolehkan keamanan dan kerjasama, berdasarkan kepada prinsip keterbukaan, keterangkuman dan ketelusan.

 

Baginda menegaskan, kemakmuran berterusan rantau ini bergantung kepada keamanan dan kestabilan di lautan dan sekitarnya, terutamanya apabila 60 peratus perdagangan global melalui kawasan maritimnya.

 

Perdagangan maritim sebegini bukan sahaja memberikan cabaran keselamatan dan keselamatan, tetapi juga boleh memberi kesan buruk kepada persekitaran marin, termasuk disebabkan oleh pencemaran dan kemerosotan habitat semula jadi.

 

Inilah sebabnya, titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, kerjasama maritim merupakan satu bidang keutamaan dalam AOIP di mana isu sebegini dapat ditangani bersama.

 

Ke arah ini, kerjasama dengan Australia adalah dialu-alukan untuk meningkatkan kesedaran domain maritim bagi pengurusan sumber marin yang mampan, memelihara biodiversiti dan memastikan laluan laut yang selamat dan terjamin.

 

Menyentuh mengenai cabaran perubahan iklim global yang berterusan, baginda juga menggariskan kepentingan untuk bekerjasama dengan Australia dalam menangani perkara itu, yang mengakibatkan kejadian cuaca buruk lebih kerap, menyebabkan kerosakan kepada infrastruktur dan juga mengganggu aktiviti pertanian.

 

Justeru, ASEAN dan Australia perlu bekerjasama untuk mengurangkan kesan perubahan iklim terhadap kehidupan rakyat dan bagi memenuhi komitmen yang telah dibuat pada Conference of the Parties Ke-28, terutamanya ke arah peralihan tenaga.

 

Pada mengakhiri titah, sokongan berterusan Australia melalui Strategi Tindakan Perubahan Iklim serta komitmen berterusan mereka untuk menyediakan bantuan bagi mengoperasikan Pusat Perubahan Iklim ASEAN di Negara Brunei Darussalam, yang akan memudahkan penyelarasan serantau dan membangunkan strategi untuk menangani perubahan iklim adalah sangat dihargai.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Jabatan Perdana Menteri

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47