Home > Bahasa Melayu
Perkhemahan Motivasi Semai Semangat Positif
Setiasusaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Paduka Seri Haji Abidin yang juga selaku Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) dan Pengerusi Jawatankuasa Sukarelawan YSHHB menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta Perkhemahan Motivasi “Belia Berwawasan” Program ‘Intervention’ Pendidikan YSHHB.
March 22nd, 2016 | 16:50 PM | 5509 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Isnin, 21 Mac. - Perkhemahan Motivasi 'Belia Berwawasan' Program 'Intervention' Pendidikan (PIP) Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) 2016 berakhir dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada para peserta di Dewan TASKA, Sekolah YSHHB, Jalan Kebangsaan Lama di sini.
Penyampaian hadiah-hadiah dan sijil-sijil disempurnakan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin yang juga selaku Ahli Lembaga Pengarah YSHHB dan Pengerusi Jawatankuasa Sukarelawan YSHHB.
Seramai 211 pelajar Tahun 5, 6, 10 dan 11 dari seluruh negara menyertai perkhemahan selama tiga hari yang bermula 19 Mac lalu dan berakhir hari ini.
Perkhemahan bertujuan untuk menanam semangat positif dan membangun serta membentuk para peserta menjadi seorang yang beriman, berdisiplin, berkeyakinan, bertanggungjawab dan berwibawa.
Dalam pada itu, PIP merupakan inisiatif YSHHB untuk mengenal pasti anak-anak yang memerlukan bimbingan rapi dalam bidang akademik dari keluarga yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan di samping memastikan mereka dapat meneruskan pengajian dengan sempurna hingga ke peringkat yang lebih tinggi.
Turut hadir pada majlis itu, Pengarah Urusan YSHHB, Awang Haji Brahim bin Haji Ismail; pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pendidikan dan pegawai-pegawai YSHHB.
Source:
by Haniza Abdul Latif, Nurul Husnina Nadia Johari
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]