FacebookInstagramTwitterContact

 

Zhengzhou: Interactive Exhibitions On The International Museum Day           >>           Failing to Pay Employee Contribution           >>           'Operasi Kabat'           >>           Announcement of New Publication Book of Department of Museums           >>           Contract Signing           >>           'Musyawarah Mastera 2024'           >>           4WD Ambulance Handover Ceremony           >>           Seminar on Reginal Climate Action Collaboration           >>           Haj and Umrah Review Session           >>           Official Visit to the Consulate General of Brunei Darussalam           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Doa Kesyukuran Sempena Hari Air Sedunia 2016


Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar (dua dari kiri) selaku tetamu kehormat semasa Majlis Doa Kesyukuran Sempena Hari Air Sedunia 2016 anjuran Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui Jabatan Perkhidmatan Air yang berlangsung di Masjid Ash-Shaliheen.

 


 March 22nd, 2016  |  16:52 PM  |   4731 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Isnin, 21 Mac. - Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar hadir selaku tetamu kehormat di Majlis Doa Kesyukuran Sempena Hari Air Sedunia 2016 anjuran Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui Jabatan Perkhidmatan Air yang berlangsung di Masjid Ash-Shaliheen di sini.

 

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah dan disusuli dengan Sembahyang Sunat Hajat. Kemudian diikuti dengan bacaan Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh imam Masjid Ash-Shaliheen.

 

Majlis juga diserikan dengan ceramah khas bertajuk 'Air dan Kerjaya' dan 'Jimat Air Amalan Mulia' yang disampaikan oleh Penceramah Undangan, Awang Isham bin Ismail. Majlis diakhiri dengan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah.

 

Hari Air Sedunia disambut setiap tahun pada 22 Mac oleh masyarakat sedunia dan Negara Brunei Darussalam juga tidak terkecuali dalam menyambutnya. Ianya diadakan bertujuan untuk memberikan makluman dan kesedaran betapa pentingnya air terhadap masyarakat sedunia dan juga dapat memfokuskan segala isu berkaitan air dengan lebih berkesan selain memperbaiki dan mempertingkatkan persediaan bagi masa hadapan.

 

Tema tahun ini iaitu 'Air dan Kerjaya' memberi tumpuan bukan sahaja kepada air sebagai keperluan seharian, tetapi air sebagai kepentingan dalam mewujudkan peluang pekerjaan dan menyokong pembangunan ekonomi, sosial dan perkembangan insan.

 

Turut hadir Setiausaha Tetap Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian Pembangunan, Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah; Setiausaha Tetap Teknikal dan Profesional, Awang Eddy bin Dato Paduka Haji Sunny; Timbalan Setiausaha Tetap, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Timbalan Pengarah JKR; ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai di bawah Kementerian Pembangunan; pegawai-pegawai serta kakitangan Jabatan Perkhidmatan Air dan juga orang ramai.

 


 

Source:

by Jabatan Perkhidmatan Air

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Stop Threatening Taiwan', Its New President William Lai Tells China

 2024-05-21 00:38:29

Water Investors Have Withdrawn Billions, Says Research

 2024-05-21 01:28:04