FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lebih 400 pengakap sertai Perkhemahan Pengakap Kebangsaan Ke-22


PEMANGKU Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar semasa memukul gong bagi merasmikan perkhemahan tersebut. | Foto : Ihsan Media Permata

 


 March 22nd, 2017  |  07:37 AM  |   1254 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 20 Mac. - Dalam usaha untuk mengukuhkan lagi bakat dan kemahiran dalam ilmu pengakap serta untuk mencetus minda yang bedaya maju, lebih daripada 400 ahli pengakap daripada beberapa buah negara telah menyertai Perkhemahan Pengakap Kebangsaan Ke-22, Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) yang berlangsung di Pusat Latihan dan Kegiatan, PPNBD.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan perasmian perkhemahan berkenaan ialah Pemangku Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

 

Turut hadir ialah Yang Di-Pertua PPNBD, Dato Paduka Awang Haji Idris bin Haji Abas; Ketua Pesuruhjaya Pengakap, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali; timbalan ketua pesuruhjaya pengakap, pesuruhjaya-pesuruhjaya pengakap, pesuruhjaya-pesuruhjaya pengakap daerah, pemimpin-pemimpin pasukan, para ahli-ahli pengakap serta jemputan khas.

 

Perkhemahan yang membawa tema, ‘Membangun Keperibadian Generasi Muda Melalui Kaedah Berpengakap’, disertai oleh ahli-ahli pengakap dari PPNBD, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sabah, Sarawak, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan serta Gerakan Pramuka Indonesia.

 

Perkhemahan tersebut yang melibatkan penyertaan daripada ahli-ahli Pengakap Tunas, Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana itu antara lain bertujuan bagi memberikan peluang kepada mereka untuk menimba pengalaman, kemahiran semasa berkhemah, bekerjasama dalam satu pasukan, membina sifat-sifat kepimpinan serta mengenali rakan sebaya baru dengan semangat persaudaraan yang kukuh.

 

Selain itu, perkhemahan itu juga memberikan peluang kepada para peserta untuk mengaplikasikan pembelajaran ilmu pengakap mereka, membina jati diri dan sifat-sifat kepimpinan mereka dan seterusnya membentuk sifat dan sikap yang kental, cekal, berinisiatif serta produktif.

 

Menerusi pelbagai kegiatan yang dianjurkan sepanjang perkhemahan yang bermula dari 19 hingga 23 Mac itu, ia diharap dapat melahirkan barisan pelapis kepimpinan generasi masa depan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10