FacebookInstagramTwitterContact

 

China's Tiangong Space Station Damaged By Debris Strike: Report           >>           Wacom's first OLED pen display is also the thinnest and lightest it has ever made           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           How Al Pacino's Girlfriend Noor Alfallah Celebrated His 84th Birthday           >>           OpenAI's Sam Altman and other tech leaders join the federal AI safety board           >>           Ellen Degeneres Says She Was "Kicked Out Of Show Business" For Being "Mean"           >>           STUDY: Eating A Junk Food-Filled Diet During Adolescence Could Lead To Long-Term Memory Impairment In Adulthood           >>           Dynamic Duo: Why TURMERIC And BLACK PEPPER Are A Powerful Combination           >>           Prepper Medicine: 7 Natural Pain-Relieving Plants           >>           Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Peranan penting awan fokus Hari Kajicuaca Sedunia


MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat merasmikan Hari Kajicuaca Sedunia 2017 dan seterusnya Pelancaran Buku Ilustrasi Awam-awam sempena Hari Kajicuaca Sedunia 2017. | FOTO : Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 March 24th, 2017  |  08:15 AM  |   809 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BERAKAS, Khamis, 23 Mac. - Tarikh 23 Mac dipilih sebagai Hari Kajicuaca Sedunia bagi memperingati berkuatkuasanya Pertubuhan Kajicuaca Sedunia (World Meteorological Organization -WMO) pada 23 Mac 1950, dan juga menghargai sumbangan penting yang diberikan oleh Perkhidmatan Kajicuaca dan Hidrologi Kebangsaan, di bawah kepimpinan WMO, untuk keselamatan dan kesejahteraan masyarakat di seluruh dunia.

 

Sebagai Ahli Pertubuhan WMO, Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (Brunei Darussalam Meteorological Department - BDMD), Kementerian Perhubungan menyertai ahli-ahli khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di seluruh dunia dan komuniti kajicuaca dalam menyambut Hari Kajicuaca Sedunia pada hari ini.

 

Setiap tahun, sambutan Hari Kajicuaca Sedunia memfokuskan kepada satu tema semasa yang menarik dan tahun ini tema yang dipilih ialah ‘Memahami Awan’’ (Understanding Clouds), menunjukkan peranan penting awan dalam mengawal keseimbangan tenaga bumi, kitaran air, cuaca dan seluruh sistem iklim.

 

Kefahaman tentang awan adalah diperlukan dalam ramalan cuaca, penghasilan model bagi kesan perubahan iklim di masa hadapan, dan juga meramalkan ketersediaan sumber-sumber air.

 

Sehubungan itu, Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam telah mengadakan Sambutan memperingati Hari Kajicuaca Sedunia yang diadakan di ruang legar Dewan Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat.

 

Pemangku Pengarah Kajicuaca, Awang Muhamad Husaini bin Aji semasa berucap menyatakan, Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam sejak penubuhannya sebagai jabatan penuh memegang bidang tugas dan tanggungjawab yang luas dan begitu penting.

 

Jelasnya, khidmat-khidmat dan peranan yang dipertanggungjawabkan meliputi pemantauan, analisa dan pengarkiban data cuaca dan iklim; selain dari pemberian khidmat ramalan dan penyebaran maklumat cuaca dan iklim, termasuklah nasihat dan amaran cuaca kepada orang ramai dan juga kepada kumpulan-kumpulan pengguna yang berlainan.

 

Beliau berkata, sebagai gambaran ringkas, kiraan dalam setahun menunjukkan Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam bertanggungjawab mengeluarkan sekurang-kurangnya sebanyak 370,000 ramalan cuaca awam; sebanyak 200 amaran cuaca atau ‘weather warnings’ kepada orang ramai; manakala sebanyak 23,000 ramalan penerbangan disediakan bagi sektor penerbangan; selain dari itu sejumlah 400,000 pencerapan cuaca dicatat bagi negara kita oleh pihak jabatan.

 

“Maklumat dan khidmat yang disebutkan ini disediakan semata-mata untuk memanfaatkan kumpulan-kumpulan pelanggan yang luas meliputi pelbagai bidang dan industri. Ini termasuk pengguna-pengguna penerbangan, pengangkutan, pengurusan bencana, pertanian, air, laut, keselamatan dan begitu juga industri minyak dan gas”, ujarnya.

 

Semua ini tambahnya, tiada lain sememangnya menyumbang kepada keselamatan dan keberkesanan operasi pelbagai bidang dan industri.

 

Menurutnya lagi, tidak kurang pentingnya dan kritikal ialah sumbangan khidmat dan maklumat terhadap pembangunan, keamanan dan keselamatan penduduk dan negara, memandangkan peranan yang kritikal inilah, Negara Brunei Darussalam telah membuat pelaburan yang tinggi dari segi pembangunan dan operasi kajicuaca.

 

Sehubungan itu jelasnya, pihak jabatan akan terus berusaha dengan giat untuk menyediakan sebarang nasihat atau amaran cuaca yang tepat dan mengungkayahkan initiatif-intiatif untuk memastikan nasihat atau amaran cuaca yang dihasilkan dapat difahami dan dapat diterima dengan mudah dan cepat oleh orang ramai dan para pengguna.

 

Bersempena dengan Hari Kajicuaca Sedunia 2017, Yang Berhormat Menteri Perhubungan turut merasmikan pelancaran ‘Nubivagant’, iaitu sebuah Buku Meja Kopi (Coffee Table Book) yang julung-julung kalinya dihasilkan oleh BDMD.

 

Dengan tajuk Nubivagant yang bermaksud ‘Mengembara Melalui Awan (Wandering Through Clouds)", buku ini menawarkan pembaca satu pengalaman yang unik bagi meneroka dan mempelajari pelbagai jenis awan yang menghiasi langit Brunei dengan pemandangan indah di Negara yang Makmur ini.

 

Buku tersebut mengandungi gambar-gambar menarik yang diambil oleh jurugambar yang terdiri daripada anak-anak tempatan dan sebahagian besar gambar-gambar menunjukkan pelbagai jenis awan di negara kita dan pada masa yang sama juga mempamerkan beberapa mercu tanda tempatan, pemandangan-pemandangan yang menarik, budaya dan gaya hidup penduduk.

 

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan buku tersebut boleh menghubungi BDMD untuk maklumat lanjut.

 

Selepas pelancaran, tetamu kehormat dan para jemputan dipelawa untuk menyaksikan pameran mengenai maklumat pendidikan khususnya mengenai awan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54