FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jabatan Buruh mulakan fasa ketiga Proses LPA


 


 March 25th, 2017  |  07:39 AM  |   2743 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 24 Mac. - Jabatan Buruh, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, akan memulakan fasa ketiga Proses Lesen Pekerja Asing (LPA), iaitu bagi Permohonan Membaharui Lesen dan Pertukaran Kontrak bermula pada 1 April 2017. 

 

Menurut Siaran Akhbar Jabatan Buruh, LPA merupakan proses baharu yang diperkenalkan di jabatan berkenaan, iaitu bagi permohonan untuk mendapatkan kebenaran mendatangkan pekerja asing untuk berkhidmat di syarikat-syarikat sektor swasta di negara ini.

 

Secara ringkasnya, proses tersebut adalah penggabungan proses Permohonan Lesen Pengambilan Pekerja Asing dan Proses Sokongan Pas Kerja menjadi satu proses sahaja.

 

Antara perubahan utama proses LPA itu ialah TPOR proses Pengambilan Pekerja Asing secara keseluruhan di Jabatan Buruh dikurangkan dari 41 hari bekerja kepada sembilan hari bekerja bagi kegiatan selain pembinaan (termasuk pembayaran wang taruhan dan menandatangani kontrak di Jabatan Buruh), manakala bagi kegiatan pembinaan TPOR adalah 18 hari bekerja sahaja.

 

Proses Permohonan LPA bagi fasa pertama telah dilaksanakan pada 1 Oktober tahun lalu, iaitu bagi permohonan Lesen Baru sahaja, manakala bagi permohonan tambahan pula telah bermula pada 1 Januari lalu.

 

Antara lain LPA tersebut diperkenalkan adalah bertujuan bagi mendukung hasrat negara ke arah persekitaran ‘pro business’ dan juga pada masa yang sama bagi menggalakkan dan meningkatkan peluang pengambilan anak tempatan di sektor swasta.

 

Sebelum menghadapkan permohonan LPA ke Jabatan Buruh para majikan adalah dikehendaki untuk memenuhi persyaratan seperti mendaftar dan mendapatkan pengesahan Mandatory Registration di JobCentre Brunei; Mendaftarkan pekerja-pekerja tempatan di Tabung Amanah Pekerja (TAP) dan Mendapatkan sokongan atau pengesahan agensi kerajaan jika berkenaan dan diperlukan.

 

Para majikan dan orang ramai yang berhasrat untuk membuat permohonan LPA bagi Permohonan Membaharui Lesen bolehlah mendapatkan borang khas, iaitu borang LD5 yang boleh didapati di kaunter 6, LPA, Jabatan Buruh atau di Ruang Legar, Tingkat Bawah, Bangunan Jabatan Buruh dan Cawangan Jabatan Buruh di daerah masing-masing atau memuat turun borang melalui di ‘www.labour.gov.bn’.

 

Para pemohon seterusnya adalah dikehendaki untuk melengkapkan borang LD5 sebanyak 2 salinan berserta dengan dokumen-dokumen yang diperlukan, iaitu Salinan kad pengenalan / pasport bagi semua pemohon / pemilik / rakan kongsi syarikat, salinan pasport yang masih sah bagi pekerja-pekerja asing yang dipohonkan, dua salinan sijil pendaftaran borang X / Bab 16 dan 17 (Company Registration), dua salinan perjanjian penyewaan (Tenancy Agreement) bagi pejabat / tempat perniagaan / perusahaan dan Tempat Tinggal pekerja (bagi yang berkenaan), Salinan BUR500 / 555 yang masih sah dan terkini bagi semua pekerja asing yang masih dalam jaminan, Salinan Lesen Pengambilan Pekerja Asing (Kuota); Menyertakan pengesahan ‘Mandatory Registration’ dari ‘Job Center’ Brunei, Menyertakan senarai pekerja-pekerja tempatan yang dicetak dari sistem e-Amanah, Tabung Amanah Pekerja (TAP), menyertakan sokongan atau pengesahan agensi kerajaan jika berkenaan dan diperlukan. Bagi kegiatan pembinaan, hendaklah menyertakan salinan projek yang sedang / akan dijalankan dan Salinan Resit Banci Pekerja dan Majikan 2016.

 

TPOR bagi permohonan membaharui LPA itu adalah tujuh hari bekerja bagi kegiatan selain pembinaan, dan 18 hari bekerja bagi kegiatan pembinaan.

 

Bagi permohonan pertukaran kontrak, pemohon hendaklah mengisi borang pertukaran kontrak seperti lazimnya dan hendaklah menyertakan juga borang LPA bagi Lesen Membaharui yang telah lengkap diisi berserta dengan dokumen yang diperlukan.

 

Sukacita juga dimaklumkan kepada para majikan bahawa sebarang permohonan Membaharui LPA dan juga Permohonan Pertukaran Kontrak bolehlah dihadapkan ke Jabatan Buruh oleh majikan sendiri ataupun melalui Agensi Pekerjaan yang berlesen.

 

Berikutan bermulanya proses fasa ketiga itu nanti, adalah dimaklumkan juga maka bermula 1 Julai 2017, Permohonan Sokongan Pas Kerja BUR500 dan juga BUR555 adalah ditiadakan dan tidak akan lagi diterima.

 

Untuk sebarang penerangan lanjut mengenai proses permohonan LPA, para majikan, pihak-pihak yang berkepentingan dan orang ramai bolehlah melayari laman sesawang Jabatan Buruh di ‘www.labour.gov.bn’ atau mengikuti perkembangan terkini melalui Instragram ‘labour.brunei’, atau datang terus ke Ruang Legar, Tingkat Bawah, Bangunan Jabatan Buruh, Jalan Dewan Majlis, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam dan juga Cawangan Pejabat Buruh di daerah masing-masing.

 

Sebarang pertanyaan mengenai LPA juga bolehlah e-mel terus di alamat ‘[email protected]’ atau ‘[email protected]’.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Jabatan Buruh, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10