FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kekalkan kebersihan, cantikan kawasan kampung


| Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 April 1st, 2017  |  08:21 AM  |   530 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 31 Mac. - Dalam usaha bagi mengekalkan kebersihan alam sekitar, ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) Pelambayan serta penduduk yang tinggal di sekitarnya dengan kerjasama Jabatan Muzium-Muzium (JMM) telah mengadakan kempen kebersihan di sepanjang jalan kampung berkenaan termasuklah pekarangan Muzium Teknologi Melayu (MTM).

 

Kempen kebersihan yang bermula seawal 7.30 pagi itu melibatkan kerja-kerja pembersihan seperti mengutip sampah dan memotong rumput.

 

Turut menyertai kempen tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis, selaku Penghulu Mukim Kota Batu; Pemangku Pengarah Muzium-Muzium, Awang Haji Mohd. Jefri bin Haji Sabli dan Ketua Kampung Pelambayan, Awang Haji Hanipah bin Begawan Pehin Udana Khatib Haji Junit.

 

Yang Berhormat Awang Naim ketika ditemui berkata, tujuan kempen ini dijalankan adalah untuk menggalakkan penduduk kampung mengamalkan kebersihan di mana sahaja.

 

Di samping itu, ia juga diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim, mencantikkan lagi kawasan kampung dan mengelakkan rumput panjang tumbuh di tepi jalan raya bagi keselamatan bersama selain dapat menerapkan amalan bergotong-royong dalam kalangan generasi muda.

 

Sementara itu, Ketua Kampung Pelambayan, Awang Haji Hanipah pula menjelaskan, aktiviti seumpama itu merupakan sebahagian daripada aktiviti tahunan kampung berkenaan yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara ahli MPK dan juga penduduk kampung.

 

Manakala bagi Pemangku Pengarah Muzium-Muzium, Awang Haji Mohd. Jefri, MTM terletak di Kampung Pelambayan dan adalah menjadi tanggungjawab bersama JMM untuk sentiasa menjaga persekitaran MTM kerana ia merupakan tempat kunjungan orang ramai serta pelancong.

 

Kebersihan itu jelas beliau, adalah amat penting dalam kehidupan manusia terutama untuk mengelakkan dan menjauhkan daripada penyakit-penyakit yang merebak pada masa ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10