FacebookInstagramTwitterContact

 

How Curcumin Could Revolutionize BOWEL CANCER PREVENTION           >>           People Struggle To Understand What's Really Happening In 'Genius' Optical Illusion           >>           Tia Mowry And Tamera Mowry's Candid Confessions May Make You Do A Double Take           >>           Tia Mowry And Tamera Mowry's Candid Confessions May Make You Do A Double Take           >>           Bachelor Nation’s Peter Kraus Engaged To Girlfriend Hana Ostapchuk After One Year Of Dating           >>           Switzerland Beat Iceland To Keep Knockout Hopes Alive At Euros           >>           Euro 2025: Norway On Brink Of Quarterfinals After Finland Win           >>           Jhon Duran Joins Fenerbahce On Loan 6 Months After Al Nassr Transfer           >>           First Round Of Gaza Ceasefire Talks Ends Without Breakthrough           >>           Eurostar Train Evacuated During Nine-Hour Delay In Northern France           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tingkat Hubungan Dua Hala Melalui Program Sua Muka


 


 April 2nd, 2017  |  07:16 AM  |   638 views

Bandar Seri Begawan

 

KUALA BELAIT, Sabtu, 1 April. - Dalam usaha untuk terus mendekati penduduk kampung di negara ini, Jabatan Penerangan, melalui Cawangan Penerangan Daerah Belait dan Unit Hubungan Masyarakat, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan meneruskan lagi Program Sua Muka yang diadakan di kediaman Ketua Kampung Mumong, Mukim Kuala Belait, Awang Haji Mohd. Yusof bin Haji Dulamin.

 

Rombongan Jabatan Penerangan yang diketuai oleh Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Hajah Noorashidah binti Haji Aliomar dialu-alukan oleh Ketua Kampung Mumong.

 

Majlis Perundingan Kampung dan penduduk kampung tersebut, antara lain mengongsikan mengenai peluang-peluang pekerjaan serta kesejahteraan mukim dan kampung, sementara pihak jabatan mengongsikan maklumat-maklumat penting dengan lebih terperinci seperti Wawasan Brunei 2035, Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah 2013, keusahawanan serta Program Masyarakat Maklumat.

 

Program tersebut adalah landasan Jabatan Penerangan untuk menyampaikan maklumat rasmi mengenai dasar dan maksud kerajaan melalui penyampaian taklimat, sesi dialog juga lawatan-lawatan mengikut kesesuaian.

 

Program Sua Muka itu adalah salah satu program di bawah strategi kerja jabatan, iaitu Komunikasi Bersemuka, yang dihasratkan untuk meningkatkan hubungan dua hala di antara pihak kerajaan dan rakyat, selain dijadikan platform untuk menyampaikan dasar dan maksud kerajaan demi memelihara perpaduan dalam kehidupan bermasyarakat, ke arah cintakan agama, bangsa, raja dan negara.

 

Dengan adanya program sebegini ia akan dapat memupuk semangat kekitaan dan bertanggungjawab terhadap negara serta menyemai hubungan yang erat di antara kerajaan dengan rakyat.

 


 

Source:
@BRUDIRECT.COM

by BRUDIRECT.COM

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

How Trump's Tariff Chaos Could Reshape Asia's Businesses

 2025-07-07 10:22:30

Crying At Work: A Sign Of Strength, Weakness Or Just Being Human?

 2025-07-06 01:39:58