FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


DYTM berangkat meninjau persiapan Sambutan Jubli Emas


Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid / Foto : Masri Osman, Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 September 10th, 2017  |  10:24 AM  |   2002 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

 

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkenan berangkat bagi meninjau persiapan Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta, khususnya Majlis Perasmian Taman Eko Koridor dan Majlis Junjung Kasih dan Kesyukuran Rakyat dan Penduduk dari keempat daerah.

 

Keberangkatan tiba DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, selaku Penaung Jawatankuasa Penasihat Sambutan Jubli Emas, dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, selaku Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Jubli Emas; Menteri di JPM dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah.

 

Sejurus keberangkatan, DYTM dijunjung berangkat ke Bilik Mesyuarat, bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi mendengarkan sembah taklimat yang dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Mohamed Bolkiah, Ahmad Syafiq bin Haji Osman.

 

Diikuti kemudiannya dengan sembah taklimat daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang juga selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Sektoral Keraian Daerah-Daerah dan Mukim; dan Yang Berhormat Menteri Pembangunan, Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah selaku Pengerusi bersama Jawatankuasa Sektoral Perasmian dan Peringatan dan Kenang-Kenangan.

 

Selesai mendengarkan sembah taklimat, DYTM seterusnya dijunjung berangkat ke Taman Eko Koridor, Sungai Kedayan bagi meninjau tapak Perasmian Taman Eko Koridor dan juga kawasan kem-kem bagi Majlis Junjung Kasih dan Kesyukuran Rakyat dan Penduduk di empat-empat daerah.

 

Sejurus keberangkatan tiba di tapak Perasmian Taman Eko Koridor, Sungai Kedayan, DYTM menerima sembah penerangan daripada Pemangku Penolong Pengarah Saliran dan Pembentungan, Jabatan Kerja Raya, Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Abd. Karim mengenai atur cara yang akan dilaksanakan pada perasmian tersebut.

 

Tapak Eko Koridor mempunyai keluasan sembilan (9) hektar dan merupakan salah sebuah Projek Pelan Induk Pembangunan Bandar Seri Begawan Tahun 2011 di bawah Projek Pemangkin Regenerasi Eko Koridor Tebing Sungai.

 

Antara objektif utama Eko Koridor ini adalah untuk mengurangkan impak banjir terutama di kawasan tadahan Sungai Kedayan, meningkatkan kesalinghubungan dan mempromosikan kebudayaan serta gaya hidup sihat untuk orang awam dan untuk menyediakan platform bagi pembangunan ekonomi di masa hadapan.

 

Duli Yang Teramat Mulia seterusnya dijunjung berangkat ke kawasan kem-kem di mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan berkenan bercemar duli beramah mesra bersama rakyat dan penduduk dari keempat-empat daerah.

 

Lawatan Kerja tersebut memperlihatkan keprihatinan DYTM dalam memastikan segala acara dan majlis Sambutan Jubli Emas Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta yang dirancang akan berjalan dengan lancar dan akan menjadi ristaan sepanjang zaman.

 

Turut hadir Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Haji Alauddin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar; Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned; Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar; dan Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10