FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Walkhaton meriahkan lagi Bandarku Ceria


YANG Berhormat Menteri Pendidikan menyertai program Bandarku Ceria dengan mengayuh basikal di sekitar Bandar Seri Begawan. Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid, Ak. Syi’aruddin Pg. Dauddin / Foto : Hamzah Mohidin

 


 September 11th, 2017  |  09:51 AM  |   1265 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

 

 

Program Bandarku Ceria yang diadakan setiap minggu bertujuan untuk menghidupkan suasana Bandar Seri Begawan (BSB) dan menjadikannya sebagai sebuah bandar yang dinamik dan unggul.

 

Sehubungan itu, Persatuan Alumni Jepun - Brunei (BAJA) turut memeriahkan lagi suasana Bandarku Ceria dengan mengadakan acara walkaton bersempena Ulang Tahun Pertubuhan Persidangan Majlis Alumni Jepun ASEAN (ASCOJA) Ke-40 Tahun dan ASEAN Ke-50 Tahun.

 

Hadir pada acara walkaton yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien tersebut ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.

 

Walkaton turut disertai oleh 200 delegasi yang terdiri dari negara-negara ASEAN dan Jepun.

 

BSB merupakan sebuah bandar dalam taman (garden city) dan mempunyai alam sekitar yang bersih, cantik dan bebas dari pencemaran.

 

Oleh itu, bagi mencapai visi program tersebut, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui beberapa kementerian dan agensi serta pihak yang berkepentingan mengambil inisiatif melalui hari tanpa kereta pada setiap Ahad.

 

Program Bandarku Ceria terus mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak, terutama para penjaja yang mencari pendapatan serta orang ramai yang ingin mengisi masa lapang mereka bersama keluarga dengan melakukan aktiviti riadah hujung minggu.

 

Sambutan orang ramai setakat ini sangat menggalakkan dan merupakan satu peluang keemasan untuk berniaga di setiap hujung minggu dan beriadah sambil mengeratkan silaturahim sesama insan.

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10