FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berkenan berangkat ke Majlis Konvokesyen UTB Kelima 2017


Oleh : Marlinawaty Hussin / Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Hernie Suliana Haji Othman, Mohd. Sahrizal Haji Said

 


 October 1st, 2017  |  10:29 AM  |   1377 views

Bandar Seri Begawan

 

 

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Teknologi Brunei (UTB) berkenan berangkat ke Majlis Konvokesyen UTB Kelima 2017 yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

 

Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri , Pro-Canselor UTB.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Penaung Majlis Konvokesyen UTB 2017; Naib Canselor UTB, Profesor Dr. Dayang Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman; dan Pendaftar & Setiausaha UTB, Jennifer Hiew-Lim.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Disusuli dengan Keberangkatan Perarakan Canselor memasuki Dewan Plenari, dengan didahului Bentara menjunjung Mushaf Al-Quran di hadapan perarakan berkenaan, diikuti dengan nyanyian Lagu Kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’ sejurus selesai Perarakan Canselor.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Surah Hud, ayat 36 hingga 40 oleh graduan Program Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dalam Kewangan dan E-Perdagangan, Awangku Muhammad Wafiuddin bin Pengiran Haji Shamsuddin, manakala inti sari ayat dibacakan oleh graduan Program Diploma Tertinggi Kebangsaan dalam Kejuruteraan Rangkaian, Awang Abdul Waaliummul Fadzl@Abdul Wahub bin Haji Wahab.

 

Naib Canselor UTB, Profesor Dr. Dayang Hajah Zohrah dalam sembah alu-aluannya antara lain menjelaskan bahawa UTB telah menyediakan beberapa laluan pilihan melalui kepelbagaian program-program yang mempunyai impak kepada pembangunan negara.

 

Menurutnya, inisiatif-inisiatif baharu yang mula diperkenalkan di UTB adalah BriTE atau Bridging for Tomorrow's Engineers khusus bagi pemohon yang mempunyai Peperiksaan ‘A’ Level yang tidak memenuhi syarat kemasukan ke program-program kejuruteraan di UTB.

 

"Laluan pilihan program-program ijazah kepada pelajar-pelajar dalam dan luar negara diperluaskan lagi dengan penubuhan School of Design atau Sekolah Reka Bentuk yang akan menawarkan dua program baharu pada tahun 2018, iaitu Bachelor of Architecture  (B.Arch) dan Bachelor of Science (Hons) dalam Product Design," jelas beliau.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudian berkenan mengurniakan titah.

 

Acara diteruskan dengan Istiadat Menyembahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran dalam Bidang Kejuruteraan ke hadapan majlis Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Kebawah DYMM kemudian berkenan melafazkan titah Kuasa Canselor UTB bagi mengurniakan Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma Tertinggi Kebangsaan kepada graduan-graduan, diikuti dengan laungan kalimah 'Allahuakbar, Wa Lillah il Hamd' oleh para graduan dan mereka yang hadir sebagai tanda syukur.

 

Kebawah DYMM berkenan mengurniakan Ijazah Sarjana kepada 66 graduan; Ijazah Sarjana Muda kepada 359 graduan; Diploma Tertinggi Kebangsaan Tahap 5 kepada 119 graduan dan Diploma Tertinggi Kebangsaan Majlis Pendidikan Teknikal dan Vokasional Brunei Darussalam (BDTVEC) kepada 258 graduan.

 

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan.

 

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Kebawah DYMM dan DYTM berkenan menerima junjung ziarah daripada para graduan dan ahli-ahli keluarga mereka.

 

Setakat ini, UTB telah melahirkan seramai 5,141 graduan Diploma Tertinggi Kebangsaan BDTVEC, 281 graduan Diploma Tertinggi Kebangsaan Tahap 5, 915 graduan Ijazah Sarjana Muda dan 70 graduan Ijazah Sarjana.

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10