FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lipatgandakan usaha tarik pelajar luar


Oleh : Aimi Sani / Foto : Haji Ariffin Mohamad Noor / Morshidi, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Hernie Suliana Haji Othman, Mohd. Sahrizal Haji Said

 


 October 1st, 2017  |  11:00 AM  |   898 views

Bandar Seri Begawan

 

Nisbah pelajar antarabangsa masih saja belum mencapai sasaran optima bagi Institusi Pengajian Tinggi.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Teknologi Brunei (UTB), bertitah menyeru agar UTB melipatgandakan lagi usaha pengantarabangsaan untuk menarik pelajar-pelajar dari luar negara.

 

''Khusus mengenai penjanaan modal insan, beta ingin mengingatkan supaya apa jua aktiviti UTB ke arah ini, hendaklah tidak bercanggah dengan falsafah MIB. MIB adalah 'calak' kita,'' titah baginda semasa Majlis Konvokesyen UTB 2017 yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini.

 

Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menyambut baik usaha UTB untuk menanda aras melalui penarafan bintang dan kedudukan di kalangan universiti–universiti di Asia.

 

Usaha penarafan bintang titah baginda, telah membawa hasil di mana UTB telah berjaya meraih 4 bintang pada penilaian keseluruhan oleh QS dan pencapaian ini sangatlah bermakna bagi UTB, kerana belum pun sampai usianya 10 tahun ia sudah mampu untuk mendapat pengiktirafan seperti universiti–universiti yang sudah lama tertubuh.

 

Titah baginda, bukan itu sahaja, UTB juga telah merintis usaha dengan membuka Makmal Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menempatkan industri di dalam kampus.

 

Impak kerjasama seperti ini tegas baginda, hendaklah diukur melalui penjanaan modal insan yang mempunyai kebolehpasaran tempatan atau global, serta mempunyai kemahiran dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik atau ringkasnya STEM.

 

''Selain itu, beta juga difahamkan bahawa kerjasama antara UTB dan Syarikat 'Sesame World Technology' telah menghasilkan inovasi ketara melalui pengeluaran produk dalam 'Directed Sound System' yang mempunyai nilai komersial. Ini juga penting, kerana ia boleh menyumbang kepada hasil negara melalui ekonomi berasaskan inovasi,'' titah baginda seterusnya.

 

Terdahulu, Kebawah DYMM melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dapat hadir ke Majlis Konvokesyen UTB Tahun 2017.

 

Di kesempatan itu juga, baginda sukacita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para graduan di atas kejayaan mereka menamatkan pengajian masing-masing dan semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan di masa akan datang.

 

Kebawah DYMM turut merakamkan ucapan tahniah kepada ibu bapa dan penjaga serta tenaga pengajar yang sentiasa memupuk semangat cintakan ilmu kepada para graduan sehingga mereka itu beroleh kejayaan.

 

''Pada tahun 2014, beta pernah bertitah mengenai 'Triple Helix'. Beta dimaklumkan bahawa konsep 'Triple Helix' boleh dilaratkan kepada 'Quadra-Helix' sekiranya ia melibatkan inovasi berteraskan pengguna atau 'user-centric innovation'. Beta gembira dengan kemajuan yang dicapai dalam 'Quadra-Helix' setakat ini.

 

Baginda rasa gembira bahawa Majlis Konvokesyen UTB pada kali ini  menyaksikan penganugerahan sulung bagi program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dan Ijazah Sarjana 'Masters by Coursework'.

 

“Beta juga mengambil maklum bahawa kemasukan para pelajar ke UTB bagi program lepasan ijazah telah meningkat dari tahun ke tahun. Ini menunjukkan peningkatan keyakinan terhadap keupayaan UTB dalam mengendalikan program lepasan ijazah,'' titah baginda.

 

Kebawah DYMM sekali lagi merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada para graduan yang diraikan pada pagi ini serta ucapan penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan kepada semua warga UTB yang merangkumi Ahli-Ahli Majlis, Ahli-Ahli Senat, Naib Canselor, Pegawai-pegawai Utama, ahli-ahli akademik, pegawai dan kakitangan atas segala sumbangan dan perkhidmatan mereka.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10